Saturday, November 12, 2011

Penghantaran bahan

Pelajar semua,

Ribuan maaf saya hulurkan kerana saya menghadapi masalah untuk menghantar bahan tambahan kepada pelajar kerana kesukaran untuk mendapatkan talian internet yang baik di kawasan saya berhibernasi ini.

Ada kalanya saya terpaksa menunggu lama untuk menghantar emel kepada pelajar sahaja kerana talian internet mereka bukanlah secanggih di KL.

Namun, sebelum saya berhibernasi ini, saya telah pun menghantar beberapa bahan penting terutama karangan kepada pelajar.

Harap jelas dan semoga anda semua berjaya kerana semua aspek penting soalan spm itu sudah pun saya jelaskan dalam seminar saya.

Yakin diri anda.

Friday, November 04, 2011

Penanda wacana SPM?

Penanda wacana untuk memulakan karangan atau pendahuluan karangan

Pada era globalisasi ini,
Pada zaman pascakemerdekaan ini,
Dalam meniti arus kemodenan ini,
Dasawarsa ini,
Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
Sejak sedekad yang lalu,
Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
Belakangan ini,
Sejak akhir-akhir ini,