Perlu latihan?

Perlu latihan?

Thursday, March 20, 2008

Lagi Peribahasa Penting


Buaya darat
Lelaki yang suka berpoya-poya dengan wanita

Bulat fikiran
Seseorang yang mempunyai fikiran yang tetap

Buruk makan
Orang yang gelojoh ketika makan

Buruk siku
Tindakan meminta semula barang yang telah diberikan kepada orang lain

Buta hati
Orang yang tidak mengetahui perkara yang buruk dan baik

Buta kayu
Orang yang tidak mempunyai pendidikan

Cacing kepanasan
Orang yang sering gelisah kerana bimbang rahsianya terbongkar

Cakap angin
Percakapan yang tidak menentu atau tetap

Cakar ayam
Tulisan seseorang yang buruk atau sukar dibaca

Cangkul angin
Melakukan kerja yang sia-sia

Cepat tangan
Seseorang yang suka mencuri atau mengambil barang kepunyaan orang lain

Cuci tangan
Orang yang tidak mahu bertanggungjawab apabila berlaku sesuatu perkara

Curi tulang
Malas bekerja atau mencari jalan untuk berehat

Cencaru makan petang
Seseorang yang melakukan kerja yang perlahan tetapi hasil kerjanya memuaskan

Darah daging
Mempunyai hubungan keluarga atau saudara

Darah muda
Seseorang yang mudah marah atau tidak mempunyai kesabaran

Diam ubi
Orang yang berusaha secara senyap-senyap

Dingin hati
Seseorang yang tidak gembira atau memberi perhatian kepada orang lain

Duit kopi
Rasuah atau ganjaran secara tidak baik

Durian runtuh
Seseorang yang mendapat keuntungan secara tiba-tiba dan banyak

Gaji buta
Mendapat gaji secara percuma atau tidak melakukan sebarang pekerjaan

Gatal tangan
Sengaja mencari sebab sehingga berlakunya sesuatu perkara lain

Gelap hati
Sukar menerima pelajaran guru

Gerak hati
Perasaan hati atau niat seseorang

Gigi air
Bahagian tepi tasik, sungai atau laut

Gila bayang
Seseorang yang ingin sesuatu yang sukar atau tidak mungkin akan diperoleh

Harga diri
Maruah seseorang

Harga mati
Harga yang tetap atau tidak boleh ditawarkan

Harga pokok
Harga belian

Hati batu
Orang yang degil, tidak suka mendengar cakap orang lain atau suka menbantah

Hati emas
Sikap seseorang yang terlalu baik

Hati tikus
Penakut atau pengecut

Hidung belang
Lelaki yang suka menggoda wanita

Hidung tinggi
Sikap seseorang yang sombong atau bongkak

Ibu keladi
Orang yang duduk di tengah-tengah dalam satu kumpulan

Ikat perut
Cuba berjimat melalui mengurangkan pemakanan

Jadi angin
Sesuatu yang sudah tidak boleh digunakan lagi

Jadi kaki
Seseorang yang menjadi ejen kepada orang lain dalam sesuatu pekerjaan

Jadi umang-umang
Seseorang yang suka berlagak atau bergaya dengan menggunakan pakaian orang lain

Jauh hati
Perasaan seseorang yang tersinggung

Jantung hati
Kekasih atau orang yang sangat disayangi

Jinak merpati
Perempuan yang kelihatan ramah tetapi sebenarnya masih mempunyai kawalan diri atau batasan

Jual mahal
Seseorang yang tidak suka bercampur dengan orang lain

Kacang hantu
Orang yang nakal

Kaki ayam
Orang yang tidak memakai kasut

Kaki bangku
Orang yang tidak tahu bermain bola atau bersukan

Kaki botol
Orang yang suka minum atau sudah ketagih minuman keras

Kepala angin
Sikap seseorang yang mudah berubah-ubah

Kepala batu
Orang yang tidak mahu mendengar nasihat orang lain

Saturday, March 15, 2008

Perkataan Canggih Tambahan ....Penting Untuk Karangan Bagus


MENDABIK DADA
Maksudnya: Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan

Pelajar itu mendabik dada kerana Berjaya memperoleh kejayaan dalam peperiksaan dengan cemerlang.


MENGKODIFIKASIKAN UNDANG-UNDANG
Maksudnya: Menyelaras undang-undang / peraturan

Peranan mahkamah adalah untuk mengkodifikasikan undang-undang negara.

KESTABILAN SPIRITUAL DAN FIZIKAL
Maksudnya: Keseimbangan rohani dan jasmani

Kestabilan spiritual dan fizikal penting diperoleh dahulu sebelum seseorang itu mampu menempa kejayaan

MEKANISME KAWALAN
Maksudnya: Alat / aspek yang mengawal sesuatu

Mekanisme kawalan yang lebih efektif perlu dilaksanakan untuk mengawal masalah harga barangan runcit.

PANDANGAN SARWA
Maksudnya: Pemikiran biasa / umum

Pandangan sarwa masyarakat terhadap isu itu menjadikan polemik itu sukar diselesaikan.

ANJAKAN PARADIGMA
Maksudnya: Perubahan demi kemajuan atau kebaikan

Anjakan paradigman penting berlaku dalam diri remaja dalam menongkah arus globalisasi.

RELEVAN DENGAN KEHENDAK ZAMAN
Maksudnya: Diterima dengan perubahan dari semasa ke semasa

Kemahiran diri harus diberi penekanan supaya menjadi relevan dengan kehendak zaman.


Landasan berfikir
Maksudnya: Cara berfikir

Landasan berfikir seseorang itu banyak ditentukan oleh tahap pendidikannya.

Masyarakat konvensional
Maksudnya: Masyarakat umum / biasa

Masyarakat konvensional memang mementingkan aspek kebendaan sahaja.

MENGAIBKAN DIRI
Maksudnya: Memalukan diri

Tindakan lelaki itu melakukan jenayah telah mengaibkan diri dan keluarganya.

ALMA MATER
Maksudnya: Sekolah / universiti / tempat pelajar

Dia telah kembali ke alma mater untuk memberi sumbangan kewangan.

KEMAPANAN FIKIRAN
Maksudnya: Keteguhan cara berfikir

Kemapanan fikiran remaja memastikan diri mereka bebas daripada masalah.

Friday, March 14, 2008

Lagi Perkataan Canggih Karangan


MELUASKAN HORIZON PEMIKIRAN
Maksudnya: Meluaskan pandangan / pemikiran

Remaja harus meluaskan horizon pemikiran mereka jika ingin bersaing dalam dunia yang serba moden ini.

MENGGABUNGJALINKAN ELEMEN
Maksudnya: Menggunakan pelbagai aspek

Kajian itu cuba menggabungjalinkan elemen yang menentukan kecacatan bayi dalam rahim ibunya.

MERANGSANG EKONOMI
Maksudnya: Mengaktifkan proses ekonomi

Langkah kerajaan mewujudkan taman industri itu bertujuan untuk merangsang ekonomi negara yang sedang merudum.

LEBIH INTELEKTUAL DAN BERKETERAMPILAN
Maksud: Lebih bijak dan berkebolehan

Pelajar era globalisasi ini harus lebih intelektual dan berketerampilan untuk menangani cabaran pendidikan.

SIMBIOSIS
Maksudnya: Dua benda yang ada hubungan atau kaitan yang rapat

Hubungan simbiosis antara Datuk Ali dengan Tan Sri Murah begitu menarik untuk dikaji oleh pemerhati politik.

MASIH BERMAIN DENGAN FANTASI
Maksudnya: Berkhayal / bermenung / tidak berfikiran matang

Budak itu masih bermain dengan fantasi setelah selesai menyaksikan filem berunsur sains fiksyen itu.

MENDABIK DADA
Maksudnya: Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan

Pelajar itu mendabik dada kerana Berjaya memperoleh kejayaan dalam peperiksaan dengan cemerlang.

Thursday, March 13, 2008

Karangan Badan Kebajikan di Malaysia?


Badan kebajikan atau sukarela merupakan satu usaha murni yang dijalankan oleh segelintir masyarakat. Mereka sedia membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan. Cuma badan kebajikan ini masih mengalami pelbagai masalah yang membantutkan usaha kebajikan mereka.

Jelaskan masalah-masalah yang dihadapi oleh badan kebajikan.

Badan kebajikan atau sukarela merupakan satu badan yang cuba membantu masyarakat yang memerlukan bantuan. Negara kita masih mempunyai banyak pihak yang memerlukan pertolongan seperti golongan cacat, ibu tunggal, anak yatim, orang tua, dan golongan daif. Kewujudan badan kebajikan seolah-olah memberi sedikit cahaya kepada golongan terpinggir ini untuk meneruskan kehidupan mereka yang sukar itu. Namun, badan kebajikan sendiri mempunyai pelbagai masalah yang mampu membantutkan usaha murni mereka itu.

Masalah yang paling serius mereka hadapi ialah masyarakat negara ini tidak suka membabitkan diri mereka dalam sebarang aktiviti kebajikan. Rakyat negara ini lebih suka melihat atau menganggap tugas itu sudah dilakukan oleh orang lain. Mereka tidak mahu terlibat turut dipengaruhi oleh faktor masa dan kewangan yang tidak mampu diberikan oleh badan kebajikan. Akibatnya, aktiviti badan kebajikan ini dijalankan oleh segelintir masyarakat yang sudah berusia dan kekurangan tangan untuk menjalankan aktiviti mereka.

Ketiadaan sokongan masyarakat untuk melibatkan diri ini boleh dikaitkan dengan imej badan kebajikan yang dipandang rendah. Ada pihak menganggap badan kebajikan hanya untuk mereka yang tidak mempunyai impian besar atau tanggungan keluarga. Malah, ada badan kebajikan yang dianggap oleh masyarakat sebagai mengambil kesempatan dengan memperoleh wang tetapi tidak menyalurkannya kepada mereka yang memerlukan. Jadi, badan kebajikan dianggap kerjaya yang tidak berstatus tinggi.

Malah, badan kebajikan agar sukar untuk memperoleh sumber kewangan pada masa kini. Masalah ini timbul ekoran berlakunya pelbagai dakwaan seperti badan kebajikan menggunakan wang itu untuk kepentingan pekerjanya dan tidak digunakan untuk membantu masyarakat yang memerlukan. Memang kes seperti ini pernah berlaku tetapi untuk menuding jari ke arah kepada semua badan kebajikan merupakan satu langkah yang kurang bijak. Masyarakat seharusnya memberi peluang supaya badan kebajikan dapat menjalankan tugas mereka.

Tambahan pula, badan kebajikan terpaksa mematuhi pelbagai saluran dan kebenaran sebelum mampu menjalankan aktiviti mereka. Lesen badan kebajikan harus diperbaharui dan aktiviti mereka seperti derma perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa. Memang peraturan ini diwujudkan untuk mengawal penyelewengan berlaku tetapi pihak berkuasa harus memudahkan urusan badan kebajikan mereka. Malah, pihak berkuasa seharunya menyediakan bangunan khas untuk badan kebajikan menjalankan aktiviti mereka tanp perlu membayar apa-apa. Namun, semua ini tidak diperoleh oleh badan kebajikan.

Kesimpulannya, badan kebajikan di negara ini memang dalam situasi yang bahaya. Pertubuhan ini tidak lagi mempunyai apa-apa selain meminta belas kasihan masyarakat untuk turut membantu. Masyarakat harus menyalurkan bantuan berupa kewangan atau tenaga untuk memastikan usaha murni mereka ini akan berterusan kerana tanpa badan kebajikan nasib golongan terpinggir ini akan menjadi lebih menyayatkan.

Monday, March 03, 2008

Karangan Program Televisyen Karut dan Tahyul Kepada Masyarakat


Sejak belakangan in semakin banyak rancangan televisyen yang memaparkan unsur misteri dan tahyul. Sesetengah orang berpendapat bahawa unsur-unsur itu meninggalkan kesan yang negatif.

Jelaskan pendapat anda tentang perkara itu.

Bilangan saluran televisyen semakin bertambah di negara ini yang menyaksikan semakin banyak rancangan yang mampu ditonton oleh masyarakat kita. Ada rancangan yang memaparkan unsur misteri dan tahyul. Keadaan ini memang dikatakan berupaya memberikan pebagai impak negatif kepada penonton terutama golongan muda.

Impak negatif yang ketara ekoran penayangan rancangan ni ialah rancangan yang berunsur misteri dan tahyul menyebabkan pemikiran penonton kolot. Keadaan ini berkaitan dengan keadaan masyarakat yang terlalu menerima perkara yang ditayangkan itu secara membabi-buta tanpa mempunyai pemikiran yang rasional. Situasi ini menyebabkan penonton akan sukar menerima kemajuan yang ingin dicapai oleh negara kita. Jadi, rancangan ini memang memberi impak yang negatif kepada paradigma penonton.

Selain itu, program yang sebegini akan menyebakan ramai orang akan mempercayai kehebatan seseorang yang menggunaan unsur misteri dan tahyul itu. Kebolehan mereka yang dipaparkan dalam prgram itu sudah pasti akan menimbullkan rasa kagum dalam hati penonton yang sememangnya mudah percaya apabila melha program itu. Jelaslah, program seperti ini akan menyebabkan lebih banyak orang yang akan tertipu.

Keadaan ini turut menyebaban kanak-kanak dan orang ramai berasa takut untuk pergi ke sesuatu tempat. Imej yang mereka tonton dalam program itu akan terus wujud dalam minda separuh sedar mereka. Penonton yang berasa takut mungkin tidak akan melakukan sesuatu pperkara itu setelah melihat sesuatu program tahyul tersebut. Sememangnya, keadaan ini akan menghaang kemajuan yang bakal diperoleh oleh seseorang itu terutama dalam kemajuan kerjaya mereka.

Namun, penyiaran program sebegini turut mampu menyebabkan penonton berasa seronok menonton rancangan sebegini. sikap seronok ini akan menyebabkan masyarakat mengabaikan perkara yang berkaitan dengan sains dan teknologi dalam kehidupan mereka. Keadaan ini menyebabkan merea mempersoalkan kepentingan sains dalam zaman moden ini. Jadi, keadaan ini menyebabkan masyarakat kita tidak memiliki kemahiran tinggi dalam penciptaan dan penggunaan sains serta teknologi.

Impak yang terakhir penyiaran program ini ialah program ini mendorong orang ramai melakukan perbuatan syirik. Sudah ada kejadian yang membuktikan wujudnya masyarakat kita yang suka memuja tempat yang dikatakan memiliki unsur misteri. Mereka menyembah tempat sebegini mungkin selepas melihat penyiaran kawasan tersebut di media massa. Nyatalah, penyiaran program ini menyebabkan masyarakat kita semakin melupakan hal agama yang sebenarnya dan melakukan perkara yang terkutuk di sisi agama.

Kesimpulannya, semua agensi kerajaan bertanggungjawab untuk menapis segala program televisyen terutama yang berunsur tahyul dan misteri ini. Penapisan ini penting supaya semua program yang ditayangkan bersesuaian dengan nilai-nilai budaya masyarakat dan pperkembangan semasa. Kita bimbang jika penyiaran program sebegini diteruskan sudah pasti akan membawa banyak masalah kepada negara kita dalam masa beberapa tahun mendatang nanti.

Sunday, March 02, 2008

Karangan Nilai-nilai Murni Terhakis Dalam Diri Masyarakat Kita



Nilai-nilai murni semakin dilupakan oleh masyaraat hari ini.

Jelaskan.

Nilai-nilai murni merujuk perkara-perkara yang positif yang diamalkan oleh seseorang itu. Nilai ini turut beriringan dengan norma-norma budaya negara yang memberi penekanan terhadap aspek kesopanan seseorang. Cuma perkara yang dikesalkan dalam aspek ini ialah remaja zaman ini sudah mula melupakan nilai-nilai murni ini. Jadi, memang ada banyak nilai murni yang sudah dilupakan oleh masyarakat kita.

Nilai murni menghormati ibu bapa sudah lama terhakis dalam diri remaja kita kini. Mereka menganggap ibu bapa terutama yang sudah tua sebagai satu bebanan yang tidak harus dipikul oleh mereka. Semakin ramai anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua dengan alasan tidak mampu untuk menjaga makan minum mereka atau memberi perhatian kepada orang tua mereka. Oleh itu, nilai menghormati ibu bapa ini harus dipupuk semula demii keharmonian keehidupan masyarakat.

Selain itu, kita sudah lama tidak melihat atau mendengar nilai murni bekerjasama dalam masyarakat kita. Keadaan masyarakat yang mementingkan kebendaan atau mengutamakan aspek individualistik telah meembawa pupusnya skap bekerjasama ini. Kita mempunyai anggapan bahawa kita berupaya hidup bersendirian dalam alaf yang serba moden ini dengan terciptanya pelbagai rekaan teknologi yang serba canggih. Sebenarnya, kita semua lupa bahawa asas kejayaan dalam kehidupan dunia moden masih lagi mengutamakan aspek kerjasama.

Malahan, aspek kesopanan dalam aktiviti perbualan semasa masyarakat turut berubah. Kita tidak lagi menggunakan bahasa yang sopan apabila berbicara dengan orang lain. Sudah ramai antara kita yang lupa untuk menggunakan pangkat panggian yang betul atau sesuai ketika berbual dengan orang lain. Keadaan ini menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang membawa wujudnya perasaan tidak suka antara satu sama lain ekoran penggunaan bahasa yang kasar dan menyinggung perasaan seseorang itu. Jelaslah, nilai-niai kesopanan ketika berbicara telah dianggap ketinggaan zaman oleh masyarakat kita.

Tambahan pula, aspek kejujuran yang sering diutamakan dalam nilai-nilai murni turut menjadi lenyap kerana sikap masyarakat kita sendiri. Amalan rasuah yang semakin berleluasa telah menjadi bukti betapa nilai-nilai kejujuran tidak ada wujud dalam sahsiah orang kita kini. Semua perkara dilakukkan kerana mempunyai sesuatu agenda yang khusus atau membawa keuntungan peribadi kepada seseorang. Sesungguhnya, kita sudah melupakan nilai kejujuran ini sehingga kejujuran menjadi satu ciri manusia yang sukar untuk ditemui dalam diri kita.

Kesimpulannya, semua nilai-nilai murni yang dijelaskan di atas telah hilang kerana sikap kita yang tidak memandang tinggi atau menghargai nilai-nilai murni itu. Masyarakat kita meletakkan nilai-nilai murni sebagai satu perkara kecil yang boleh ditukar ganti dengan kemodenan masyarakat dunia. Sekiranya masalah ini tidak dipantau dengan berkesan nilai-nilai murni ini akan terus hilang dalam benak masyarakat kita. Cuba kita renungkan?