Perlu latihan?

Perlu latihan?

Sunday, February 24, 2008

Simpulan Bahasa 1


SIMPULAN BAHASA

Ada angin

Seseorang yang mempunyai sikap yang tidak menentu.

Ada hati

Seseorang yang suka kepada seseorang atau mempunyai keinginan tentang sesuatu

Air muka

Maruah seseorang

Ajak-ajak ayam

Sikap mempelawa seseorang tanpa kesungguhan

Alas cakap

Percakapan yang sopan

Alas perut

Makan sedikit supaya tidak lapar

Alim kucing

Seseorang yang berpura-pura baik

Ambil angin

Pergi bersiar-siar ke sesuatu tempat yang menarik

Ambil hati

Perasaan tersinggung akibat perbuatan orang lain

Anak bapa

Seseorang yang berani atau handal

Anak emas

Seseorang yang sangat disayangi oleh orang lain

Anak jantan

Orang lelaki yang mempunyai sifat keberanian

Angkat bakul

Seseorang yang suka memuji dirinya sendiri

Angkat kaki

Melarikan diri dengan segera apabila menghadapi sesuatu keadaan bahaya/masalah

Angkat mata

Berani menentang atau melawan orang lain

Angkat muka

Seseorang yang sombong kerana kelebihan dirinya

Atas angin

Negeri-negeri yang berada di Barat

Atas pagar

Sikap seseorang yang enggan menyokong mana-mana pihak/ berkecuali

Ayam tambatan

Orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan

Bahasa dalam

Bahasa yang digunakan oleh golongan istana

Bangkai bernyawa

Seseorang yang kurus dan tidak berguna pada diri sendiri serta masyarakat

Banyak lemak

Seseorang yang enggan mendengar nasihat orang lain setelah melakukan banyak kesalahan

Banyak mulut

Seseorang yang suka bercakap terutama perkara-perkara yang tidak berfaedah

Batu loncatan

Seseorang yang dijadikan oleh orang lain sebagai alat untuk mencapai sesuatu kedudukan yang lebih tinggi

Bau-bau bacang

Hubungan saudara yang jauh

Thursday, February 21, 2008

Karangan Industri Pelancongan Negara


Industri pelancongan membawa sumber pendapatan negara.
Huraikan usaha-usaha yang mampu dilakukan untuk meningkatkan industri pelancongan negara.

Tahun 2007 telah diumumkan sebagai Tahun Melawat malaysia oleh kerajaan kita. Industri pelaancongan berpotensi untuk dimajukan di negara ini kerana Malaysia ialah destinasi pelancongan yang unggul dan mampu memantapkan ekonomi negara kita. Banyak tempat yang boleh dikunjungi oleh pelancong-pelancong asing dan tempatan di negara ini. Jadi, memang ada banyak usaha yang boleh dijalankan untuk memajukan industri pelancongan kita.

Kerajaan boleh menambahkan kemudahan prasarana seperti kemudahan pengangutan dan perhubngan ke destinasi-destinasi yang menarik. Kemudahan ini memberi lebih banyak peluang kepada pelancong untuk pergi ke destinasi yang mereka suka. Jadual penerbangan juga perlu ditaambah terutama dengan mengadakan promosi tambang murah. Cuma mutu perkhidmatan pengangkutan ini hendaklah diselia sepanjang masa untuk memastikan keselesaan pelancong.

Selain itu, usaha untuk meningkatkan jumlah tempat-tempat penginaan seperti hotel dan chalet. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan mengenakan kadar bayaran yang berpatutan bersama-sama bilik yang selesa untuk menarik minat pelancong. Keadaan yang selesa ini menimbulkan rasa untujk mekawt semula kepada pelancong tersebut. Mereka akan mngajak kawan kawan untuk datang ke malaysia dan menyebabkan kemasukan mata wang asing.

Malahan, kerajaan perlu mengadakan lebih banyak promosi untuk menjelaskan aktiviti pelancongan. Promosi tentang destinasi, kebudayaan dan karnival jualan di laksanakan dengan giat. Usaha mempromosikan negara ini bokeh dijalankan melalui penggunaan teknologi maklumat seperti internet untuk menyebarkan maklumat pelancongan ini. Penggunaan internet memastikan semua pelancong memperoleh maklumat apabila mereka melayari internet untuk mendapatkan maklumat pelancongan. Jelaslah, promosi yang giat ini memastikan bahawa semua maklumat pelancongan disebarkan secara berkesan.

Salah satu aspek penting yang ditekankan oleh pelancong terutama pelancong asing ialah aspek kebersihan. Kemudahan pelancongan ssemestinya bersh dan diselenggarakan dengan baik. Ketiadaan pencemaran terutama kekotoran memastikan pelancong akan terus datang ke destinasi tersebut tanpa rasa ragu-ragu lagi. Jelaskan, kebersihan yang diberikan penekanan ini menyebabkan pelancong dapat menikmati udara yang segar dan keadaan yang selesa.

Manakala itu, usaha menarik pelancong ini turut dipikul oleh rakyat negara ini. sikap ramah dan suka membantu pelancong harus diutamakan oleh rakyat negara ini. Pelancong tidak suka rakyat negara ini mengambil kesempatan atau menipu mereka selama mereka berada di negara ini. Keramahan rakyat negara iini harus dibuktikan melalui sikap ikhlas melayan tetamu kita itu. Jadi, rakyat negara ini harus mengubah sikap mereka dengan melayan pelancong tempatan atau asing ini dengan lebih baik.

Kesimpulannya, industri pelancongan ini memang penting dberi penekanan oleh rakyat dan kerajaan negara ini. Pelbagai usaha yang dilakukan itu memerlukan gandingan tenaga semua pihak untuk memastikan kejayaannya. Mungkin semua pihak harus merenung dan melihat peranan yang telah dilakukan oleh mereka.

Wednesday, February 20, 2008

Karangan Orang Kurang Upaya


Orang kurang upaya:Modal insan yang tidak boleh dipinggirkan

Menurut definisi WHO Pertubuhan Kesihatan PBB, orang kurang upaya ialah "kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat adalah mereka yang pada sesuatu masa, terhalang oleh keadaan fizikal atau mental dari melakukan aktiviti-aktiviti normal rakan sebaya seperti sosial, rekreasi , pelajaran dan vokasional". Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) secara umumnya dapat dikategorikan kepada dua kumpulan utama, iaitu kurang upaya secara kekal dan kurang upaya secara sementara. Namun, masyarakat kurang upaya ini terus dipinggirkan.

Sebenarnya, orang kurang upaya memiliki kemahiran yang tidak kurang hebatnya berbanding orang biasa. Ada antara mereka yang memiliki kelulusan yang tinggi dan kemahiran khusus. Mereka berupaya untuk berfikir dan melakukan tugas yang biasa dilakukan oleh manusia yang lengkap anggota badannya. Kebanyakan tugas di pejabat atau di mana-mana boleh dilakukan oleh orang kurang upaya ini. Ringkasnya, golongan ini memiliki keupayaan yang sama seperti orang biasa.

Masyarakat ini turut tidak harus dipinggirkan kerana mereka turut mempunyai perasaan yang sama seperti insan lain. Mereka tidak suka dipandang rendah dan dianggap tidak berguna. Pekerjaan yang mereka lakukan itu mampu memberi mereka sedikit semangat atau perangsang untuk meneruskan kehidupan ini. Jika tenaga mereka dibiarkan begitu sahaja, sudah pasti negara akan kehilangan sesuatu yang berharga. ada seramai 86 348 orang kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 1999 yang akan berasa diri mereka tidak berguna jika sikap buruk masyarakat ini berterusan.

Malah, faktor yang penting yang menekankan peri pentingnya masyarakat kurang upaya di negara ini ialah kejayaan orang kurang upaya membuktikan bahawa negara kita memberi layanan yang sewajarnya kepada masyarakat tanpa mengira warna kulit, keturunan dan keupayaannya. Bukankah ini member imej yang baik kepada negara kita? Semua pihak akan menggunakan negara kita sebagai contoh dalam tindakan mereka untuk melayan orang kurang upaya di negara mereka pula.

namun nasib orang kurang upaya tidak akan cerah kerana negara ini kekurangan akta untuk melindungi orang kurang upaya. Sememangnya, negara kita memiiki akta yang membenarkan syarikat mengambil pekerja kurang upaya tetapi kuasa untuk menguatkuasakannya begitu lemah. Keadaan ini menyebabkan nasib orang kurang upaya terus dirundung malang.

Sikap masyarakat kita perlu berubah dengan menganggap orang kurang upaya ini tidak berguna. Kita harus melayan mereka seperti orang biasa tanpa memberi sebarang layanan istmewa yang menyebabkan mereka berasa tersinggung. Sikap masyarakat kita kadangkala mengelirukan kerana menganggap orang kurang upaya tidak berguna tetapi memberi layanan yang berlebihan sehingga menjadi orang kurang upaya berasa mereka dianggap tidak berupaya pula

Kesimpulannya,kemelut orang kurang upaya ini terus wujud di negara ini jika sikap masyaraat tidak berubah. Pada awal tahun 2001, bilangan orang kurang upaya yang berdaftar ialah 99 500 . Peningkatan ini membuktikan betapa pentingnya paradigman masyarakat berubah dengan segera. Hendak serbu daya tak hendak seribu dalih mungkin menjadi asas perubahan itu.

Monday, February 18, 2008

PENTING: Perlukan Sinopsis Panas Salju

Jika ada pelajar saya yang perlukan sinopsis novel ini sila emel kepada saya segera.

Jenayah kolar putih dapat diatasi menerusi penguatkuasaan undang-undang.


Jenayah kolar putih merujuk jenayah halus tanpa kekerasan yang biasanya dilakukan oleh golongan profesional. Kegiatan jenayah ini sukar dikesan kerana pelakunya berkemahiran, berpendidikan dan berjawatan tinggi. Mereka melakukan jenayah ini kerana mereka memahami prosedur perundangan atau yakin kesalahan mereka sukar dikesan. amalan rasuah, pecah amanah dan menyelewengkan wang syarkat merupakan antara kes jenayah kolar putih yang terkena. sememangnya ada pelbagai kaedah untuk mengatasi masalah ini.

Sememangnya penguatkuasaan undang-undang mampu membanteras kegiatan ini. Tindakan memecat pesalah jenayah ini terutamanya jika mereka yang terbabit merupakan kaki tangan kerajaan menjadi langkah yang bijak. Hukuman sebat atau penjara yang lama turut memberi kesan jika hukuman dijatuhkaan tanpa mengira status dan kedudukan seseorang pesalah itu. Sesungguhnya, tindakan undang-undang yang tegas mampu memberi keinsafan kepada masyarakat untuk menghindari jenayah kolar putih ini.

Selain itu, penyeliaan yang ketat terhadap jabatan-jabatan yang mudah terjebak dalam penyelewengan atau sering berusan dengan orang ramai harus dilaksanakan. Semua prosedur harus diteliti dan dikaji serta mana-mana kelonggaran atau kelemahan prosedur terus diubah atau ditukar untuk memastikan tiada ruang kepada kaki tangan kerajaan untuk melakukan jenayah kolar puth ini. Jadi, prosedur yang ketat memastikan tiada pekerja yang akan mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah ini.

Hubungan yang rapat antara pihak polis dan Badan Pencegah Rasuah amat penting dalam menangani kemelut yang semakin banyak berlaku ini. kerjasama yang erat ini penting kerana jenayah ini biasanya memerlukan kemahiran yang tinggi dan perancangan yang lama serta rangkaian pesalah yang ramai. Keadaan in menyukarkan mana-mana pihak berkuasa untuk mengesannya lebih awal tanpa kerjasama badan-badan kerajaan yang berkaitan. Oleh itu, kerjasama yang erat harus dipupuk antara agensi kerajaan terutama yang berkaitan dengan penguatkuasaan undang-undang ini.

Aspek pegangan agama yang kukuh juga penting dalam isu ini. Jenayah kolar putih berlaku akibat rapuhnya pegangan agama pesalah tersebut. Mereka hanya mementingkan keuntungan jangka masa pendek dan keseronokan duniawi tanpa mengambil kira impak yang bakal beraku kepada diri dan keluarga mereka jika jenayah ini dilakuan. Siri ceramah berbentuk keagamaan harus dilaksanakan dengan kerap untuk memberi peringatan kepada semua ihak agar tidak terjebak dalam jenayah ini. Jadi, aspek agama yang kuat harus diberi penekanan dalam usaha menangani jenayah kolar putih ini.

Bukan sahaja aspek keagamaan tetapi kendiri seseorang itu harus kukuh. Konsep keinsafan dan kesedaran tentang impak negatif melakukan jenayah harus ditanam dalam diri seseorang. Kita harus menyedari sebarang kesalahan jenayah boleh membawa kita kehilangan pekerjaan, keluarga, dan maruah diri. Semua ini bukan sahaja menyusahkan diri seseorang pesalah itu tetapi turut menjejaskan keharmonian keluarga mereka. Sesungguhnya, kita harus memiliki sikap memandang jijik terhadap jenayah kolar putih ini.

Kesimpulannya, jenayah kolar putih bukanlah satu jenayah yang mudah untuk diatasi. Ciri-ciri jenayah ini menyebabkan kerjasama yang lebih erat perlu dipupuk untuk memastikan jenayah ini tidak menular dalam masyarakat kita. Jenayah ini jika tidak dikawal akan menyebabkan negara menjadi porak-peranda dan imej negara di persada dunia akan turut terjejas.

Tuesday, February 12, 2008

Kata-kata Canggih 2


PENYALUR ILMU
Maksudnya: Pemberi atau sesuatu yang beri banyak pengetahuan

Guru dianggap penyalur ilmu yang baik kerana telah menerima latihan pendidikan yang secukupnya.
ALAF BAHARU
Maksudnya: Masa terkini, zaman ini

Remaja alaf baharu harus memiliki kemahiran yang luas terutama dalam aspek teknologi moden yang sering berubah.

MUTAKHIR INI
Maksudnya: Pada masa kini, ketika ini
Mutakhir ini, banyak kejadian jenayah yang melibatkan kanak-kanak berlaku terutama di bandar-bandar besar.

SEANTERO DUNIA
Maksudnya:Seluruh dunia
Sudah seantero dunia mengetahui keindahan batik negara ini yang mengutamakan bentuk-bentuk kesenian alam sekitar.

MENIKAM SANUBARI
Maksudnya: Merosakkan perasaan, singgung perasaan, kata-kata yang menghiris jiwa
Ungkapan kata-kata kesat itu menikam sanubari sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Friday, February 01, 2008

Kata-kata bombastik Karangan 1


MEMANIFESTASIKAN FIKIRAN

Maksudnya : menggunakan atau melahirkan idea pendapat dengan sebaik mungkin.

Kejayaan penulis mampu dibuktikan menerusi keupayaannya memanifestasikan fikirannya ke dalam jalan cerita novel.


MENUKILKAN KATA-KATA

Maksudnya: Menulis atau bercakap sesuatu perkara terutama karya sastera.

Saya menukilkan kata-kata semangat di atas kertas itu untuk memberi semangat kepada adik yang bakal menghadapi peperiksaan.


MEMBERIKAN IMPAK

Maksudnya: Mengakibatkan atau menyebabkan sesuatu berlaku.

Peristiwa kemalangan itu memberikan impak yang besar dalam kehidupan pemuda tersebut.


RENTETAN SENARIO ITU

Maksudnya: Selepas fenomena itu berlaku.

Rentetan senario itu, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai peraturan di kawasan sekolah.


JIKA DITELUSURI

Maksudnya: Jika dikaji secara mendalam atau teliti isu tersebut.

Kejadian itu jika ditelusuri membuktikan kegagalan pihak kerajaan mengawal kehadiran pendatang asing.