PERUMPAMAAN
Seperti kaca jatuh ke batu
Orang yang mempunyai perasaan yang amat sedih
Seperti katak di bawah tempurung
Orang yang tidak mempunyai pengetahuan yang luas tentang sesuatu perkara
Seperti kera mendapat bunga
Orang yang tidak tahu menghargai pemberian pemberian orang lain
Seperti ular kena palu
Keadaan sesuatu benda yang tidak teratur atau dalam keadaan bengkang-bengkok
Seperti gergaji dua mata
Orang yang mengambil kesempatan atau faedah daripada dua kumpulan atau pihak
Ibarat bunga, sedap dipakai layu dibuang
Seseorang yang disayangi semasa mudanya tetapi diceraikan apabila sudah tua seperti wanita
Bagai isi dengan kuku
Perhubungan atau persahabatan yang erat
Bagai menatang minyak yang penuh
Sikap memelihara anak dengan penuh kasih sayang dan tanggung jawab
Seperti tanduk diberkas
Kesukaran untuk menyatukan orang yang mempunyai pendapat yang berbeza
Seperti murai tercabut ekor
Orang yang suka bercakap
Seperti lipas kudung
Orang yang bekerja atau bergerak dengan pantas
Seperti ikan kena tuba
Keadaan yang menyaksikan banyak orang sakit secara serentak
Laksana janda baru bangun tidur
Wanita yang benar-benar cantik
Laksana pohon kayu tidak berbuah
Ilmu yang diperoleh tidak diamalkan
Ibarat burung, mata lepas badan terkurung
Satu keadaan yang tidak mempunyai kebebasan atau tiada kemerdekaan
Seperti anjing dengan kucing
Dua orang yang sering bergaduh apabila bertemu
Seperti harimau menunjukkan belang
Seseorang yang mempamerkan sikap sebenarnya setelah berdiam diri seketika
Seperti pahat dengan penukul
Orang yang akan bekerja apabila disuruh atau dipaksa
Seperti rumput di tepi jalan
Orang yang menjalani kehidupan yang susah
Seperti ikan pulang ke lubuk
Orang yang kembali ke kampung halamannya setelah lama berhijrah
Seperti embun dihujung rumput
Kesetiaan atau kesayangan yang tidak kekal atau tidak boleh berkekalan
Bagai ayam disambar helang
Seseorang yang disayangi telah hilang secara tiba-tiba
Bagai aur dengan tebing
Sikap tolong-menolong yang diamalkan antara satu sama lain
Bagai buluh ditarik songsang
Kesukaran untuk mengajar seseorang yang bertentangan fahaman atau pandangan dengan kita
Bagai pinang dibelah dua
Pasangan yang sama cantik dan sama padan
Bagai kumbang putus tali
Seseorang yang melarikan diri dengan segera setelah terlepas daripada kesusahan
Bagai melepas batuk di tangga
Membuat sesuatu kerja atau tugas secara main-main atau tidak diselesaikan
Seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul
Seseorang yang memberi nasihat kepada orang lain supaya membuat pekerjaan dengan betul tetapi dirinya sendiri tidak melakukan perkara yang sama
Seperti pungguk rindukan bulan
Pemuda yang terlalu merindui gadis yang disayangi tetapi tidak dilayan
Seperti hujan jatuh ke pasir
Nasihat yang tidak dihargai atau sia-sia sahaja
Seperti cincin dengan permata
Pasangan yang sama padan dan cantik
Bagai pucuk dilancarkan
Kehebatan seseorang pahlawan ketika mempamerkan kekuatan seni pertahanan diri
Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Tiada permuafakatan dalam sesuatu perkara/pendapat sendiri lebih diutamakan
Bagai mencurah air ke daun keladi
Perbuatan menasihati seorang yang sia-sia
Ibarat telur sesangkak, pecah satu pecah semua
Keadaan susah senang yang dihadapi bersama-sama
Seperti abu di atas tunggul
Kedudukan sesuatu yang tidak akan berkekalan
Seperti halilintar membelah bumi
Bunyi yang sangat kuat
Macam ular kekenyangan
Seseorang yang perutnya terlalu besar/buncit sehingga menyukarkannya berjalan
Seperti kerbau dicucuk hidung
Orang bodoh yang sering mengikut arahan atau kemahuan orang lain
Seperti bumi dengan langit
Perbezaan yang besar atau ketara
Seperti api di dalam sekam
Tindakan jahat yang dilakukan secara bersembunyi atau diam-diam
Nasi sudah menjadi bubur
Perbuatan jahat yang tidak dapat diubah lagi
Mengajar itik berenang
Mengajar seseorang yang telah pandai atau berpengetahuan
Menanam tebu dibibir mulut
Orang yang pandai berkata-kata manis tetapi hatinya lain
Seperti belanda minta tanah
Orang yang tamak