Friday, May 16, 2008

Terima kasih atas ucapan Hari Guru

Kepada semua pelajar saya yang mengucapkan hari guru, jutaan terima kasih saya balaskan. Tapi maaf kerana saya tidak berupaya membalas semuua ucapan itu sekarang lantaran saya berada dalam keadaan "hibernasi". Saya harap pelajar semua memahaminya kerana saya yakin sebaik sahaja saya kembali daripada keadaan hibernasi ini, fikiran saya lebih tuntas, kritis dan bersemangat untuk meluahkan ilmu kepada anda semua.

Ingat, pelajar-pelajar semua, dalam hidup kita mesti mempunyai seorang atau lebih guru yang memainkan peranan penting dalam hidup kita. Jadi, elok anda semua merenung dan memberi ucapan terima kasih kepada mereka.

Kepada semua guru saya terutama Mus Chairil, Noraini, Clive, Abdul Rahman, arwah Rustam, arwah Ishak Shaari, Rahmah, dan semua yang memberi impak dalam hidup saya, pengorbanan kalian memang saya hargai dan teruskan untuk generasi muda akan datang.

NAM

No comments: