Friday, February 01, 2008

Kata-kata bombastik Karangan 1


MEMANIFESTASIKAN FIKIRAN

Maksudnya : menggunakan atau melahirkan idea pendapat dengan sebaik mungkin.

Kejayaan penulis mampu dibuktikan menerusi keupayaannya memanifestasikan fikirannya ke dalam jalan cerita novel.


MENUKILKAN KATA-KATA

Maksudnya: Menulis atau bercakap sesuatu perkara terutama karya sastera.

Saya menukilkan kata-kata semangat di atas kertas itu untuk memberi semangat kepada adik yang bakal menghadapi peperiksaan.


MEMBERIKAN IMPAK

Maksudnya: Mengakibatkan atau menyebabkan sesuatu berlaku.

Peristiwa kemalangan itu memberikan impak yang besar dalam kehidupan pemuda tersebut.


RENTETAN SENARIO ITU

Maksudnya: Selepas fenomena itu berlaku.

Rentetan senario itu, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai peraturan di kawasan sekolah.


JIKA DITELUSURI

Maksudnya: Jika dikaji secara mendalam atau teliti isu tersebut.

Kejadian itu jika ditelusuri membuktikan kegagalan pihak kerajaan mengawal kehadiran pendatang asing.

4 comments:

umi_e said...

Tahniah cikgu kerana blog yang baik dan amat membantu! Sebentar tadi anak saya minta dibantu tentang peribahasa tetapi saya tidak dapat meningati semua maknanya. Saya cadangkan dia pergi cari di internet dan dia terjumpa blog cikgu. Ternyata kerja rumah yang perlu disiapkan selesai dengan bantuan blog cikgu...

Terima kasih dan syabas!!!

Anonymous said...

wahh... trima kasih lah kat cikgu sebab sebab buat blog ni. banyak membantu dalam karangan saya. BM saya taklah teruk tapi tak menarik. jadi dengan adanya kata-kata bombastik ni, pasti saya dapat markah lebih banyak lagi. Cikgu BM saya pun mesti suka hati.

Anonymous said...

cikgu !
anda sangat hebat.
saya mengucapkan jutawan terima kasih kepada cikgu..
diharapkan apa yang cikgu lakukan
mendapat rahmatnya.
amin..

Anonymous said...

cikgu terima kasih kerana berikan idea yg baik utk karangan saya.Saya berharap agar kata-kata boombastik ini dpt membantu saya dlm ujian PMR saya...terima kasih banyak-banyak!!!