Perlu latihan?

Perlu latihan?

Thursday, August 30, 2007

Pelancongan penting lah..


Cuba kaji isi-isi di bawah untuk memastikan anda berjaya dalam peperiksaan. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan harus disebutkan dalam karangan. Begitu juga Tahun Melawat Malaysia 2007.

USAHA DAN CARA MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN
• Memberi diskaun, insentif kepada industri pelancongan negara
• Mengadakan hari melancong atau tahun melancong - 2007
• Memperbanyakkan kawasan /destinasi pelancong negara
• Meningkatkan industri kraftangan negara
• Meningkatkan kadar kebersihan tandas dan kecekapan sistem pengangkutan negara

KESAN INDUSTRI PELANCONGAN
Positif
• Menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara yang pesat
• Memberi peluang pekerjaan kepada rakyat terutama di luar bandar
• Memperkenalkan nama dan budaya negara kepada orang luar
Negatif
• Menularnya budaya tidak sihat daripada negara luar
• Peningkatan harga barangan terutama di destinasi pelancongan yang boleh menjejaskan orang tempatan

Tafsir dan Taksir...mana betul?


Tafsir dan Taksir. Perkataan ini memang menarik kerana sebutannya hampir serupa tetapi maksudnya jauh berbeza. Ingat kedua-duanya betul cuma penggunaannya sahaja beza.

1. Sajaknya sukar untuk ditaksirkan.(sepatutnya tafsir kerana tafsir merujuk difahami)
2. Tafsiran pihak bomba tentang harta yang musnah dalam kebakaran itu belum diketahui. (sepatutnya taksiran kerana taksiran merujuk kiraan kerugian atau untung)

Monday, August 27, 2007

Pendapat vs Pendapatan...Masalah Tatabahasa


Pendapat dan Pendapatan merupakan satu pertanyaan yang kerap disoal dalam peperiksaan. Biasanya soalan ini berbentuk seperti di bawah:

1. Pada pendapatan saya, masyarakat perlu berusaha untuk mencapai kemajuan. (Pendapatan sepatutnya ditukar menjadi pendapat iaitu idea)
2. Biarpun kecil jumlahnya, pendapat yang diterimanya setiap bulan itu rezeki yang halal. (Pendapat ditukar menjadi pendapatan iaitu gaji seseorang)

Banyak lagi gambar Seminar PMR 2007...Pelajar beri tumpuan




Lagi Gambar Seminar PMR 2007...Bos, staf PTM dan pelajar ceria..





Lagi Gambar Seminar PMR 2007...Pelajar-pelajar ceria dan bersemangat




Karangan Peranan Ibubapa dalam pembentukan masyarakat penyayang...


Ramai pelajar saya bertanya saya soalan karangan ini. Secara kebetulan seorang pelajar saya menghantarnya melalui emel dan saya rasa isinya menarik. Mungkin pelajar semua dapat belajar dengan melihat isinya dan menulis karangan anda sendiri. Bagaimana PMR?


Jelaskan peranan ibu bapa dalam membentuk masyarakat penyayang.

Pada alaf baru ini, ibu bapa memberi peranan yang penting kepada masyarakat dan negara. Media cetak mahupun media elektronik sering menyiarkan isu ini. Dalam kalangan ibu bapa dalam masyarakat ini selalu diberi perhatian oleh orang ramai terutamanya kerajaan. Menurut Perdana Menteri Malaysia ke-5 Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Batawi memberitahu bahawa membentuk masyarakat penyayang amat penting sekali. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah-langkah yang boleh diambil untuk membentuk masyarakat penyayang.

Sehubungan dengan hal itu, ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang kepada anak-anak. Namun begitu, terdapat kalangan ibu bapa yang mengabaikan anak-anak mereka. Hal ini kerana, ibu bapa tersebut lebih mementingkan kemewahan hidaup dan kekayaan. Oleh itu, ibu bapa seharusnya meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak mereka pada alaf globalisasi ini. Di sini saya memberi contoh ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka semasa cuti sekolah untuk meneratkan hubungan dan mengurangan tekanan anak-anak dalam aspek pembelajaran serta ibu bapa. Jadi, impian ibu bapa atau negara untuk membentuk masyarakat penyayang akan tercapai jua.

Sejajar dengan itu, ibu bapa sewajarnya memberi didikan agama kepada anak-anak semenjak kecil lagi. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Sebaliknya, ibu bapa mengagung-agungkan kemodenan sehingga mengabaikan anak-anak dalam didikan agama. Hal ini kerana, mereka beranggapan didikan agama tidak penting dalam arus kemajuan teknologi satelit masa kini. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya menerapkan didikan agama kepada anak-anak mereka. Misalnya, menggalakkan anak-anak mengikut kelas kifayah supaya anak-anak akan menjadi insan yang berakhlak mulai. Di samping itu, mereka seharusnya memberikan pengajaran yang baik kepada anak-anak mereka ketika anak-anak itu masih dalam buaian lagi. Jelaslah, hasrat ibu bapa dalam melahirkan generasi yang berguna akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.

Malahan, ibubapa haruslah menyediakan semua keperluan atau kemudahan kepada anak mereka. Penyediaan tempat belajar yang sesuai amat penting. Begitu juga dengan hubungan ayah dan ibu yang mesra tanpa sebarang masalah sudah pasti akan memberi keselesaan kepada anak untuk menjadi manusia yang penyayang. Ringkasnya, sikap ibubapa yang sebegini mampu melahirkan satu generasi muda yang penyayang di negara ini.

Seiring dengan itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Namun demikian, terdapat kalangan ibu bapa yang berperangai buruk. Comtohnya, menjadi penangih dadah, pencuri, penjengah, perogol dan sebagainya. Hal ini jelas, mereka akan mengalami kesempatan wang dan tekanan emosi. Bak kata pepatah “ bagai acuan begitulah kuihnya”. Hal ini demikian, ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang baik kepada anak-anak sejak kecil lagi. Umpamanya, mengamalkan tabiat rajin membaca buku di hadapan anak-anak. Lama-kelamaan tabiat ini dalam kalangan generasi muda akan mengikut tabiat yang positif ini. Ringkasnya, peranan ibu bapa amatlah besar dalam melahirkan masyarakat yang berguna pada alaf globalisasi ini.

Tuntasnya, semua pihak sewajarnya memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan dan pihak swasta. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang terpenting untuk memupuk masyarakat penyayng. Justeru, peribahasa “bagai aur dengan tebing” hendaklah diamalkan oleh semua warganegara Malaysia terutamanya generasi muda sejak belakangan ini.

Wednesday, August 22, 2007

Semangat Kejiranan Kita Mula Menghilang


Semangat kejiranan kita mula menghilang.
Huraikan kepentingan semangat ini diwujudkan semula.

Jiran ialah seseorang yang tinggal berhampiran dengan kita dan tidak mempunyai hubungan keluarga tetapi menjadi tempat pertama untuk kita mengadu hal serta meminta bantuan apabila memerlukannya. Semangat ini memang sudah semakin berkurangan terutama di kawasan bandar besar dan golongan muda. Lantaran itu, semangat ini harus ditunaskan semula kerana memiliki banyak kelebihannya.

Semangat ini memastikan hubungan antara kaum semakin kukuh dalam alaf globalisasi ini. Dalam semangat ini semua aktiviti dilakukan tanpa mengira warna kulit seseorang itu. Individu itu dijemput untuk menghadiri sesuatu majlis itu kerana individu itu ialah jiran yang hampir dengan kawasan terbabit. Jadi, sikap ini memang harus diwujudkan semula supaya perpaduan kaum terus dapat dijalin kukuh antara kita.

Selain itu, kepentingan semangat ini ialah kita boleh meluahkan masalah atau meminta bantuan apabila diperlukan. Bayangkan apabila kita memerlukan sesuatu atau terpaksa meninggalkan rumah kosong beberapa minggu, siapakah yang sudai memberikan bantuan kalau bukan jiran? Sudah pasti kita akan meminta jiran kita kerana mereka yang lebih kita percayai setelah mengenali mereka beberapa tahun. Jelaslah, semangat kejiranan ini membantu kehidupan masyarakat terutama mereka yang sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Hubungan yang rapat antara jiran menyebabkan semua masalah terutama masalah sosial mampu dibendung. Peningkatan jenayah dan budaya tidak sihat di kawasan tertentu sering dikaitkan dengan kegagalan masyarakatnya untuk mengamalkan semangat kejiranan ini. Penjenayah lebih suka melakukan aktiviti mereka di kawasan yang rendah semangat jirannya kerana aktiviti mereka sukar dikesan. Sesungguhnya, penjenayah lebih mahir untuk mengeksploitasi kelemahan kita dalam memahami kepentingan kejiranan.

Malah, jiran menjadi satu bukti kewujudan institusi masyarakat kerana jiran asas pembentukan masyarakat. Tanpa jiran masyarakat tidak akan wujud kerana masyarakat terhasil melalui hubungan rapat antara manusia yang saling berjiran. Sudah pasti masyarakat tidak akan dapat berfungsi dengan baik tanpa semangat murni ini. Oleh itu, jiran harus wujud dalam sesebuah negara seperti Malaysia yang berbilang bangsa.

Kesimpulannya, semangat kejiranan ini perlu diluaskan konsepnya dan tidak terhad sebagai seseorang yang tinggal bersebelahan kita. Kerajaan perlulah mengambil inisiatif awal dengan membuat kempen yang menghuraikan peri pentingnya konsep ini kepada masyarakat di seluruh negara ini. Masyarakat pula haruslah lebih positif dan menerima jiran mereka tanpa prasangka buruk terlebih dahulu. Dalam kehidupan moden ini, jiranlah tempat kita bergantung hidup. Hargailah jiran anda.

Peribahasa Sambil Menyelam Minum Air

SAMBIL MENYELAM MINUM AIR

Maknanya:
membuat dua pekerjaan dalam satu masa.

Contoh ayat:
Ali membuat latihan Fizik sambil mendengar radio ibarat sambil menyelam minum air.

Peribahasa Untung Sabut Timbul Untung Batu Tenggelam

UNTUNG SABUT TIMBUL UNTUNG BATU TENGGELAM

Maknanya:
Jika nasib baik akan mendapat kejayaan jika nasib malang akan mendapat kerugian

Contoh ayat:
Ali pergi bekerja ke ibu kota walaupun diberi nasihat oleh kawan-kawannya kerana menganggap tindakannya itu ibarat untung sabut timbul untung batu tenggelam.

Saturday, August 18, 2007

Isu Buli karangan penting peperiksaan tahun ini


Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi
kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi.

Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. “Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”. Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kapada masalah kes buli ini.

Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Mereka semakin ketandusan nilai kemanusiaan.

Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka.

Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya. Pengawasan yang longgar di sekolah juga menjadi puncanya kerana telah memberi peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar lain.

Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’.Terdapat pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini.Antaranya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini.

Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti-buli juga boleh diadakan secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedarkan para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli. Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini.

Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketat supaya tidak memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya.

Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan info yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu akannya.

Langkah yang lain ialah para pelajar juga harus pandai memilih kawan kerana para pelajar biasanya juga akan mudah terpengaruh dengan perbuatan kawannya. Contohnya, jika kawannya minat membaca buku, maka pelajar tersebut juga akan dipengaruhi dan membaca bersama-sama. Perkara ini sama juga jika kawan pelajar itu sentiasa melibatkan diri dalam kes buli di sekolah.

Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah.

Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh-sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan berleluasa lagi.

Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain.

Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan ibu bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan anak-anak sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya. Bak kata pepatah ‘bapa borek, anak rintih’, ‘ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget’.

Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan dan sibuk bekerja, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk anak mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama.

Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa dipersada dunia.

Karangan ini dihasilkan oleh pelajar saya Tan Chi Yeen.

Wednesday, August 15, 2007

Ruwat? Apa itu.....?

Ruwat? Perkataan ini bermaksud kalut, tidak keruan, tidak tentu arah. Contoh ayat ialah:

Fikiran ayah ruwat apabila mendengar masalah disiplin yang dihadapi oleh abang.

Karangan punca-punca bencana alam...satu pandangan


Bencana alam turut berlaku di negara ini. Banjir, ribut, kemarau dan kebakaran hutan merupakan antara bencana alam tersebut.

Nyatakan punca-punca dan usaha-usaha menangani masalah ini.

Bencana alam merujuk kejadian alam yang mampu memusnahkan negara dan penduduknya. Negara kita memang sering dilanda banjir, ribut, kemarau dan kebakaran hutan kerana pelbagai faktor yang mendorong keadaan ini mudah berlaku terutama ketiak bumi dikatakan sedang mengalami perubahan cuaca yang drastik dalam tempoh yang terdekat ini. Sesungguhnya, ada banyak faktor yang mendorong keadaan ini dan ada banyak langkah yang boleh diambil untuk membendungnya daripada terus berlaku.

Kejadian bencana alam sering dikaitkan dengan kemusnahan alam sekitar terutama kemusnahan hutan belantara negara. Keadaan ini wujud kerana hutan dianggap menjadi pelindung atau penahan berlakunya kejadian banjir dan kemarau kerana keupayaannya untuk menakung air dan menyalirkan air dengan baik. Kemusnahan hutan menyebabkan muka bumi menjadi kosong dan mendorong mudahnya berlaku semua bencana alam ini. Oleh itu, kemusnahan hutan perlulah dipantau dengan lebih teliti oleh pihak kerajaan.

Malahan, keghairahan negara untuk membangun dengan pesat turut mendorong berlakunya bencana alam ini. Pembukaan kawasan bandar baru, industri dan kawasan perumahan telah menyebabkan sistem ekologi yang asal tidak mampu untuk menghalang sebarang kejadian bencana alam daripada tidak berlaku. Manusia menganggap kemodenan mampu menghalang bencana alam berlaku lantas terus menerus menjalankan projek pembangunan tanpa mempunyai rasa takut atau bimbang berlakunya bencana alam di kawasan projek mereka. Justeru, pembangunan yang pesat memang penting tetapi perlulah dikawal atau dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak menjejaskan sistem ekologi secara drastik.

Tambahan pula, sikap kita dalam menguruskan sumber asli terutama penyelenggaran sungai dan pembalakan hutan yang tidak praktikal. Naluri manusia yang sering mengutamakan keuntungan kewangan daripada berfikir secara rasional perkara yang bakal berlaku pada masa depan telah mengundang padah. Semua sumber alam negara akan terus dieksploitasi kerana manusia memang menganggap diri mereka lebih baik dan bijak daripada alam. Jadi, bencana alam akan terus berlaku kerana kegagalan manusia untuk menguruskan sumber alamnya dengan baik.

Sudah pasti langkah yang paling penting dilakukan ialah kerajaan mengetatkan peraturan berkaitan dengan alam sekitar dengan lebih baik. Hukuman yang berat harus dikenakan kepada pesalah-pesalah alam sekitar supaya perkara ini menjadi pengajaran kepada orang lain. Kerajaan harus menjalankan satu usaha pemeriksaan yang holistik tanpa mengecualikan sesiapa jua dalam pemeriksaan ini. Jika kerajaan tegas dalam hal ini, sudah pasti masalah ini mampu diselesaikan dengan mudah.

Malahan, kempen kesedaran terutama kepada generasi muda harus dilaksanakan. Kempen yang dijalankan itu haruslah sesuai dengan minat dan diri remaja kerana merekalah yang bakal menghuni negara ini serta mampu menyelesaikan masalah ini. Kempen yang dijalankan secara terancang mampu menghasilkan satu generasi masyarakat yang menghargai alamnya lebih baik daripada generasi terdahulu. Jelaslah, kempen yang berkesan mampu menangani isu ini dengan lebih baik.

Kesimpulannya, bencana alam akan terus berlaku di negara kita. Sikap masyarakat yang sambil lewa kerana menganggap alam bukan tanggungjawab mereka telah menyebabkan masalah ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan. Mungkin kita semua lupa bahawa setiap kali bencana alam melanda negara ini setiap kali itulah ada nyawa manusia yang melayang. Agaknya kita menilai nyawa manusia sama seperti alam?

Monday, August 13, 2007

Menugasi vs menugaskan...


Menugaskan atau menugasi? Saya terima emel tentang masalah ini. Jawapan saya mudah sahaja iaitu menugaskan dikaitkan dengan kerja apa? Bahan apa? Contohnya:

Saya telah menugaskan kerja penyusunan majalah itu kepada lelaki itu.

Manakala menugasi pula sering dikaitkan dengan siapa yang diberi tugas itu? Oranglah.
Contoh:

Saya telah menugasi Ali menyusun gambar-gambar itu.

Adakah anda semua jelas?

Friday, August 10, 2007

Bahasa Canggih...

Bahasa canggih untuk karangan kali ini ialah implementasi atau mengimplementasikan. Perkataan ini merujuk proses melaksanakan sesuatu. Pelajar boleh mengaitkan perkataan ini dalam ayat di bawah:

Program kerajaan yang bakal diimplementasikan itu sudah menerima sokongan padu masyarakat.

Wednesday, August 08, 2007

Blog?


Ada pelajar saya bertanya tentang blog. Kata saya blog memang baik cuma kita sebagai penulis harus lebih waspada untuk melahirkan idea menulis. Kita harus menulis untuk kebaikan bukan memusnahkan. Mungkin artikel di bawah boleh menjadi renungan supaya memahami bahawa penulisan mampu membawa sesuatu kepada masyarakat dan negara.

BLOG AND ME...

Introduction

As we approach the 21st century, we are told technology has accelerated tremendously. That is what is said by national and international media, as well as by many popular books on business and management. Many feel threatened to this “change”. This is the picture we are told to see. But is this true?

We are also told that the information society has arrived. New technologies are being introduced one after the other. One wave follows another and suddenly we find ourselves in brave new worlds.

My advice to people who feel overwhelmed by change, and particular by new technology, is simple – just sit back and think or enjoy it. But for time I will like to emphasis on the blog.

Blog

What is blog? A blog is a website where people can write anything in chronological order and displayed it. The noun blog - from web log - first surfaced in 1999 to describe a personal website where an author regularly posted his or her views on anything that took their fancy. A “personal online journal” is the definition that most newspapers, including The Economist, offer when they need to be brief.

That analogy is not wrong, but nor is it entirely right . More importantly, this definition misses the main point about blogs. Traditionally, journals were private or even secret affairs, and were never linked to other journals. Blogs, by contrast, are social by nature, whether they are open to the public as a whole or only to a small select group.

So, blogs can provide news, personal diaries or politics discussions. A typical blog can also have text, picture or combination of both. The blog was so popular that in May 2007, blog search engine Technorati was tracking more than 71 million blogs.

So what so great about blog? Well, besides being personal diaries, many bloggers differentiate themselves from the mainstream media. This means “getting around the gatekeeper”. Blogs give some space for people to express their feelings without have to give their own name. This kind of privilege is clearly exploited by people in the country that freedom of speech is under control of government.

Role of the blog

In the years since, millions of web wise writers around the world have created their own blogs. But it was in 2004 that debate about the role of the political blog and its impact on society really got under way.

To many blog supporters, the blog's coming of age was epitomized by the invitation of their authors to the politician in their own country when election are coming closer. Mainstream media outlets were no longer the only ones who needed to be wooed.

The communication network itself will be a medium for everyone's voice, not just the few who can afford to buy multimillion-dollar printing presses, launch satellites, or win the government's permission to get the public support.

Certainly, blogs have become particularly prominent in countries when there are few outlets for political expression. A frequently cited example is China, Russia and to some extent Malaysia, where the conservative authorities have clearly been rattled by the young diarists and online commentators who are filling the vacuum left behind when reformist newspapers are shut down on a lot of excuses given by the government.

China is thought to have several hundred bloggers operating in a similarly precarious political environment, while the recent crisis in Ukraine brought ever more diarists to share their views on the situation to the web. They provide food for thought not just for readers within their own country, but their blog work as a gateway into their world for foreigners.

But to the bloggers who believe their role is to challenge the media establishment, incorporation into the mainstream is tantamount to internet heresy. Indeed there really no security for the bloggers.

In any case, as bloggers rarely go out and about, many of those who comment on the world at large get their information from mainstream news sources. But the relationship is increasingly symbiotic meaning journalists for their part increasingly use blogs as a barometer for how much coverage a topic deserves. They choose the news not the mainstream newspaper.

The blur in the blogs

Blog are totally against the mainstream media. But the main issues about blog is their writers identity. Anyone with the internet access can writes something on the blog and posted it in the internet. In second, all people in the world can read and understands what he or she trying to explain.

This kind of power make bloggers the most unwanted people in the world. But Time magazines did names “you” as the person of the year in 2006. Some people saw blogs as “getting around the filter” and pushing the news to the public. This kind of unbiased news make government cannot control what they want people to understands or knowing things that will undermined their government.

In short, blogs make mainstream media as a “dinosaur”. They are not relevant in this kind of environment. People are fed up with the ways mainstream media control or act as gatekeeper to them. They want to read what they want, they want to see what they like to see and they want to hear what they want to heard.

Licenses for blog?

In near future, all bloggers will have to submit their applications to their government. This maybe can happen sooner that we think because blogging can sometimes have unforeseen consequences in politically sensitive areas. And also based on their popularity, government will crack down this bloggers every hard like China government or Vietnamese government.

China is considering forcing internet users to provide their real names and ID card numbers when opening a blog. Advocates of the idea argue that blog anonymity has encouraged widespread libel and slander. Opponents say blogging is flourishing for the very reason that people are free to express themselves. China has one of the most repressive internet regimes in the world, censoring content and imprisoning some people for what they put on the web.

In Singapore there are report about bloggers were imprisoned for posting anti-Muslim remarks in their blogs. The Singapore government has extended censorship laws to ban podcasts and videocasts that carry political content. Websites and blogs are already under strict control and must be registered with the government.

An Egyptian court has sentenced a blogger to four years' prison for insulting Islam and the president. Abdel Kareem Soliman's trial was the first time that a blogger had been prosecuted in Egypt. He had used his web log to criticize the country's top Islamic institution, al-Azhar university and President Hosni Mubarak, whom he called a dictator.

Meanwhile, the head of the UN mission in Sudan, Jan Pronk, has left the country after being expelled by Sudan's government. Mr Pronk, who already had shaky ties with Khartoum, wrote in his blog that Sudan's army had suffered defeats in Darfur and its morale was low. Mr Pronk's personal website is well known among UN officials and they have repeatedly asked him to stop writing it but he didn’t care.

Also in Malaysia, The Malaysian government has warned it could use tough anti-terrorism laws against bloggers who insult Islam or the country's king. The move comes as one of Malaysia's leading online commentators has been questioned by police following a complaint by the main governing party. The commentators is popular for his frequent criticism of government figures.

All these cases that have been brought before the courts against bloggers concerning issues of defamation or liability. This kind of laws will make the bloggers more willing to write and face the new challenges. This blog will be closely monitored because bloggers will be news for coming years. Maybe television or radio will be fading out? Or the blogs that got the exit?

Conclusion

Maybe blog will survives in near future but I admit the bloggers will be getting the hard times from government. The only sources for reality information will be monitor closely by any government. They will try anything to stopped the bloggers. They will arrest and asking all bloggers to submit their name and personal details. Or maybe the bloggers himself need to choose which freedom that they wanted to?

Tuesday, August 07, 2007

Menemui, menemukan dan mempertemukan


Ada pelajar saya masih gagal untuk mengesan kesalahan ayat di bawah terutama pelajar PMR. Biasanya menemui untuk manusia, mempertemukan apabila ada dua orang dan menemukan pula secara tidak sengaja.

Jadi, adakah ayat di bawah ini betul?

Pihak polis menemui kereta yang ditinggalkan oleh perompak-perompak itu di tepi ladang getah. (tukar menjadi menemukan)
Ibu bapa menemui Pengetua untuk membincangkan kemajuan pelajaran anak-anak mereka.
Majlis itu mempertemukan saya dengan saudara saya yang sudah sekian lama saya tidak temui.


Pastikan anda faham sebab soalan jenis ini sering ditanya dalam peperiksaan terutama PMR.

Terus belajar pelajarku.

Monday, August 06, 2007

Karangan Sistem Pengangkutan Awam ditingkatkan...


Selalu naik LRT? Saya sering gunakan pengangkutan itu kerana mudah dan murah. Cuma sistem pengangkutan awal kita perlu lebih baik. Mari kita lihat karangan ini.

Sistem rangkaian pengangkutan awam di negara ini cuba disatukan tetapi usaha itu masih di peringkat awal untuk menilai kejayaannya.

Terangkan kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam di negara ini.

Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel. Memang sudah ada banyak usaha yang dilakukan untuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagai kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus difahami untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan agak lama ini.

Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam kita ialah harganya yang mahal. Kadar tambang terutama teksi dan LRT dianggap oleh masyarakat sebagai agak mahal untuk mereka gunakan dengan kerap sistem pengangkutan itu. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh seperti mereka hanya menggunakan pengangkutan awam hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan LRT.

Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan sistem pengangkutan awam yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutama bas tidak boleh diharap terutama jadual perjalanannya yang menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah penjagaan bas, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori ini kerana penyelenggaraan yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja menyampah melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadualnya tetapi juga kegagalan mereka untuk menjaga tahap kualiti perkhidmatan pengangkutan awam mereka.

Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapi masalah untuk menukar sistem pengangkutan, contohnya antara monorel dengan LRT atau antara bas dengan monorel. Keadaan ini menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan awam yang lain pula. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus dihasilkan oleh kerajaan dengan segera sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan.

Malah, pengangkutan awam turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara. Sesungguhnya, semua pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan.

Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam ini memang banyak dan sudah lama serta masih gagal diselesaikan. Situasi ini berlaku kerana kurangnya kesungguhan pihak kerajaan untuk mengambil langkah awal dalam menanganinya. Ketika masyarakat semakin gusar dengan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, kerajaan pula terus berdiam diri dan hanya bertindak apabila isu itu menjadi tatapan masyarakat dalam media massa negara. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas dalam kemelut ini.

Tema dan Persoalan Novel SPM...


Soalan tema dan persoalan memang mudah tetapi pelajar harus membuat pemerhatian kerana setiap soalan yang bakal ditanya mungkin dibuat dalam bentuk perbandingan. Cuba buat dan lihat latihan yang disediakan untuk membantu anda.
Setiap novel perlu mempunyai tema dan persoalannya. Huraikan tema dan persoalan-persoalan novel yang anda kaji.

 tema - perjuangan mempertahankan maruah bangsa - contohnya Othman berjuang bersungguh-sungguh mempertahankan rumah pasung bukit kepong daripada serangan komunis
 persoalan - ketaatan kepada tugas - contohnya othman sanggup bertugas di pagoh dan bukit kepong seperti yang diarahkan
 keberanian anak bangsa menentang musuh - contohnya pasukan polis yang kecil bilangannya sanggup berdepan dengan 200 orang pengganas komunis
 kekejaman pengganas komunis - komunis membunuh sesiapa sahaja yang tidak bekerjasama dengan mereka tanpa mengira kaum

Sunday, August 05, 2007

Skop Keluarga pula...SPM 2007


ISU KEKELUARGAAN telah dianggap penting dalam SPM 2007. Anda harus banyak membuat latihan aspek ini. Keluarga menjadi institusi penting dalam masyarakat kita. Cuba lihat keluarga anda dan kaitkan kepentingannya dalam kehidupan anda.

HUBUNGAN KEKELUARGAAN SEKARANG
• Boleh ditingkatkan terutama di kawasan bandar

CARA-CARA MENGEKALKANNYA
• Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak mereka
• Pelbagai program bercorak kekeluargaan perlu dilaksanakan oleh kerajaan

KEPENTINGAN KEKELUARGAAN
• Memastikan gejala sosial tidak merebak
• Memastikan kadar jenayah tidak meningkat
• Memastikan negara dalam keadaan aman

Skop Kejiranan ...SPM 2007


SEMANGAT KEJIRANAN memang penting kerana semangat ini mempunyai banyak skop yang boleh ditanya. Cuba anda semua lihat dan kaji isi-isi yang saya cadangkan di bawah ini.

SEMANGAT INI PENTING KERANA
• Memastikan semangat perpaduan dapat ditingkatkan
• Memastikan sebarang masalah seperti jenayah dapat dikurangkan
• Memudahkan sebarang aktiviti seperti majlis perkahwinan dan sebagainya dijalankan
• Menghapuskan gejala sosial seperti lepak dan dadah

USAHA-USAHA MEMUPUK
• Mengadakan Rukun Tetangga di kawasan perumahan
• Mengadakan pelbagai aktiviti bercorak setempat untuk menghidupkan suasana jiran
• Mengadakan kempen kesedaran di media massa

ISU YANG TIMBUL
• Masyarakat terlalu mementingkan wang dan kerjaya sehingga melupakan semangat ini
• Suasana moden dan sifat individualistik mula merebak

Saturday, August 04, 2007

Sajak Manusia dan Kesejahteraan....SPM


Sajak Manusia dan Kesejahteraan menjelaskan keadaan bumi yang akan musnah gara-gara sikap manusia yang suka berpura-pura, tidak ikhlas dan tiada toleransi. Kita terlalu mementingkan diri.

Generasi muda perlu pandai menilai sesuatu itu. Mereka usah meniru golongan tua sahaja dan kembali kepada agama merupakan jalan penyelesaian yang hakiki.

Sudah baca belum sajak ini? Belummmmmm.....


Rangkap 1: Manusia semakin teruk kerana kekejaman semakin banyak dan tiada sesiapa mahu bertolak ansur kerana perdamaian dianggap tidak penting

Rangkap 2: Tidak ada orang yang sanggup bersuara kerana janji tidak dipercayai dan sebarang perbincangan gagal kerana tiada sokongan akibat hilangnya keikhlasan

Rangkap 3: Rakyat tanpa kuasa tidak penting kerana manusia dan dunia akan musnah akibat kebodohan kita yang suka berpura-pura

Rangkap 4: Penyajak memberi pesanan generasi muda supaya membuat keputusan sendiri supaya tidak berlaku kesilapan yang lalu

Rangkap 5: manusia perlu kembali kepada ajaran agama jika mahu melihat kemanusiaan dan kebahagian hidup semula

Pantun 6 Kerat SPM 2007


Sudah baca Pantun 6 Kerat? Pantun ini menarik kerana seolah-olah mnasihati kita supaya tabah menghadapi kehidupan, jaga maruah diri, pengalaman penting dan harus berdikari.

Cuba lihat maksud setiap rangkap pantun di bawah. Baca ok.

Rangkap 1: Akibat mengikut perasaan, seseorang sanggup melakukan apa sahaja malah sanggup menghadapi kesusahan dan kesukaran.

Rangkap 2: Akibat seseorang itu telah melakukan/menagalami sesuatu sehingga menyebabkan maruah dan harga dirinya tercemar.

Rangkap 3: Kita patut menjadikan segala pengalaman yang diperoleh atau ditempuhi daripada peristiwa yang berlaku di sekeliling kita sebagai pengajaran atau panduan dalam hidup.


Rangkap 4: Kalau terlalu mengharap pada orang lain, seseorang itu akan kehilangan arah jika ditinggalkan.

Thursday, August 02, 2007

Unsur kritikan dalam novel Bukit Kepong...satu renungan SPM 2007


Penulisan novel turut mengandungi unsur-unsur kritikan terhadap masyarakat yang bertujuan untuk memberi pengajaran secara halus kepada pembaca. Jadi cuba anda semua rujuk novel Bukit Kepong.

Pengarang menyindir segelintir masyarakat yang sanggup mengkhianati bangsa dan tanah air demi berkepentingan sendiri. Pengganas sanggup membunuh keluarga Saibun yang tidak mahu bekerjasama dan menyokong perjuangan komunis
Pengarang mengkritik kelalaian pihak berkuasa dalam penyampaian maklumat sehingga menyebabkan hidup pihak yang berkenaan terseksa. Polis Kulim menyampaikan berita kematian Othman kepada keluarganya menyebabkan Limah menjadi gila.
Pengarang meluahkan kegagalan masyarakat menghargai dan menjaga kebajikan masyarakat yang telah berjasa. Othman telah cacat dan menjadi penoreh getah walaupun telah berjasa kepada negara
Pengarang menyindir masyarakat yang terburu-buru bertindak tanpa menuruti arahan ketua. Sikap penduduk kampung yang melanggar arahan Penghulu Ali telah menyebabkan beberapa orang terbunuh dan cedera

Media cetak dan peranannya...


Adakah anda suka membaca akhbar? Majalah? Komik? Saya rasa pelajar harus banyak membaca terutama bahan berkaitan peperiksaan.

Negara kita memiliki banyak rangkaian media cetak. Akhbar, majalah dan jurnal dikatakan menjadi sasaran utama rakyat negara ini yang memang ketandusan maklumat.

Pada pendapat anda, apakah peranan-peranan yang mampu dimainkan oleh media cetak di negara ini.


Media cetak sering dikaitkan dengan akhbar, majalah dan jurnal di negara ini. Negara kita pula memang boleh dianggap mempunyai penerbitan media cetak yang semakin meningkat saban tahun walaupun jumlah itu boleh ditingkatkan dengan lebih drastik dalam tempoh mendatang ini kerana sikap masyarakat yang suka membawa dan mencari informasi sudah mula kelihatan. Jadi, media cetak di negara ini memiliki peranan-peranan besar yang mampu membentuk satu masyarakat negara yang berkualiti mindanya.

Sumbangan utama media cetak di negara ini ialah media cetak menjadi sumber maklumat kepada masyarakat kita. Saban hari media cetak menyiarkan pelbagai perkara yang berlaku di negara ini dan semua berita atau maklumat ini menjadikan masyarakat kita mengetahui semua perkara yang belaku, sedang, dan bakal terjadi di negara ini. Sikap berlumba-lumba media cetak untuk mendapatkan maklumat terkini turut menyebabkan masyarakat sering mendapat maklumat lebih awal mengenai sesuatu perkara.

Selain itu, kelebihan media cetak ialah media ini mampu menghasilkan analisis berita yang lebih kritis berbanding media yang lain. Situasi ini wujud kerana ciri media cetak yang berlandaskan penulisan mampu menghasilkan satu penulisan kritis yang menyebabkan pembaca mampu melihat sesuatu peritstiwa yang berlaku itu dengan lebih mendalam. Media cetak mengupas semua isu yang berlaku daripada pelbagai sudut sehingga menyebabkan fenomena yang berlaku itu difahami oleh amsyarakat. Jelaslah, media cetak mampu menghasilkan satu generasi masyarakat yang memiliki minda yang kritis apabila membicarakan sesuatu topik.

Malahan, media cetak turut menyiarkasn cerita-cerita yang mampu dijadikan pengajaran. Berita-berita jenayah, isu keluarga, projek pembangunan dan kejayaan individu tertentu sudah pasti menjadi tatapan masyarakat kita. Pembacaan mereka terhadap berita-berita jenis ini memberi satu pengajaran secara tersirat kepada pembaca yang seterusnya menyebabkan berlakunya satu perubahan diri dan minda mereka terhadap perkara tersebut. Oleh itu, pembacaan bahan media cetak memberikan pembaca satu pengajaran yang mampu membawa kebaikan.

Tambahan pula, media cetak mampu menyiarkan bahan-bahan yang boleh menolong kehidupan seseorang. Iklan mengenai peluang kerjaya, pengumuman sesuatu peristiwa dan peluang perniagaan dapat membantu kehidupan seseorang. Masyarakat kita masih menggunakan media cetak untuk mendapatkan kerja berbanding dengan sumber-sumber lain. Jadi, media cetak bukan sahaja memberi maklumat tetapi menyiarkan bahan-bahan yang boleh membantu kehidupan seseorang itu.

Secara tuntasnya, media cetak di negara ini memang mempunyai peranan yang penting dalam memastikan negara terus mampu bersaing dalam era yang penuh persaingan ini. Ruang untuk media cetak berkembang turut wujud kerana media cetak dianggap lebih murah berbanding jenis media yang lain. Cuma ada sedikit kebimbangan dengan kewujudan bahan media cetak yang lebih mengutamakan isu-isu gosip atau sensasi daripada berita-berita yang benar-benar berlaku di negara ini.