Thursday, October 25, 2007

Contoh Isi Karangan Kedatangan Pekerja Asing?


Karangan kedatangan pekerja asing telah menjadi topik hangat ketika saya memberi seminar tadi. Ramai pelajar saya bertanya kepada saya. Jadi, saya berikan contoh-contoh isi kalau soalannya merujuk aspek pengawalan:

USAHA-USAHA PENGAWALAN
Mengetatkan kawalan di pusat-pusat/pintu masuk negara
• Mengenakan bayaran levi/cukai
• Mengehadkan pembabitan warga asing dalam sektor pekerjaan tertentu sahaja


Namun, kalau soalan karangan menumpukan aspek keburukan, sila rujuk contoh di bawah:

KEBURUKAN
Kadar jenayah semakin meningkat
• Mengurangkan peluang mendapatkan pekerjaan di kalangan rakyat tempatan
• Wang negara dibawa keluar dengan banyak


Manakala kesan baik ialah:

KEBAIKAN
Memenuhi keperluan tenaga buruh negara terutama dalam sektor yang tidak diminati penduduk tempatan
• Meninggikan imej negara
• Wujud persaingan yang sihat

1 comment:

Anonymous said...

apakah yang dimaksudkan dengan meningkatkan imej negara? bagaimana pengambilan pekerja asing dapat meningkatkan imej negara?