Monday, September 24, 2007

Tema, persoalan dan pemikiran? Apa bezanya?


Tema dianggap persoalan utama yang diuraikan dalam sesuatu karya, sama ada secara langsung (eksplisit) atau secara tidak langsung (implisit) dan biasanya tema ini dapat dikesan setelah sesuatu karya itu selesai dibaca. Tema ini juga merujuk perkara yang paling besar kesannya dalam sesebuah karya itu.

Manakala persoalan pula bermaksud perkara-perkara atau isu-isu yang lebih kecil yang ada hubungan langsung dengan tema yang turut dimasukkan oleh pengarang dalam karyanya. Ringkasnya persoalan perkara sampingan yang turut terhasil dalam karya itu.

Bagaimana dengan pemikiran? Konsep ini membawa maksud yang sama dengan tema dan persoalan, cuma pemikiran digunakan dalam genre drama atau puisi.

Adakah pelajar semua mampu membezakannya?

1 comment:

Anonymous said...

Hai ckgu..
Ckgu,boleh ckg terangkan dengan lebih jelas 'negara duni pertama, kedua,dan negara dunia ketiga'?
dan negara Malaysia tergolong dalm kumpulan yang mana?