Monday, September 24, 2007

Lagi tentang latar Novel Konserto Terakhir...


Soalan bandingan latar masyarakat merupakan satu soalan yang hangat tahun ini. Saban hari emel saya penuh dengan pertanyaan soalan sebegini. Sememangnya soalan bandingan agak sukar.

Baiklah latar masyarakat dalam novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain ialah sikap masyarakat yang suka membezakan antara golongan kaya dengan miskin yang diwakili oleh Datuk Johari dan golongan miskin yang diwakili oleh Hilmi. Kita mungkin terkejut dengan keadaan yang sebegini masih wujud kini.

Selain itu dipaparkan tentang masyarakat yang tidak teguh dalam melaksanakan hukum agama dan ini terbukti apabila Datuk Johari sibuk mengejar harta sehinggakan tidak sempat menekankan soal agama kepada anaknya, Hayati. Begitu juga dengan Datin Salmah yang asyik dengan mesyuarat persatuan dan “morning coffee”nya itu.

Dalam novel ini dipaparkan juga masyarakat yang suka tolong-menolong seperti Pak Cik Bakar yang sanggup mengajar Hilmi bermain muzik tanpa mengenakan sebarang bayaran. Masyarakat kita sering menganggap sesuatu yang percuma itu tidak baik. Teruk bukan.

Latar masyarakat yang keempat ialah masyarakat berbilang kaum yang terdiri daripada Melayu, Cina, dan India yang hidup dalam suasana harmoni. Ingat lagi jiran Datuk Johari? Ingat lagi taukeh stesen minyak Hilmi? Sudah pasti anda lupa bukan? Ha,ha,

Sudahkah anda daftar untuk bengkel penulisan dan novel saya?

3 comments:

elaya said...

boleh saya dapatkan sinopsis mengikut bab tentang Konserto Terakhir ?

Anonymous said...

di mana boleh sye dptkan nilai,pengajaran,persoalan dan peristiwa di dlm novel tersebut..??

Anonymous said...

boleh tolong bagi latar masyarakat, masa dan tempat untuk bab 1 sahaja? juga watak dan perwatakan?? please.. <3