Perlu latihan?

Perlu latihan?

Monday, September 24, 2007

Konsep Latar Menjadi Pilihan Soalan Peperiksaan


Terus terang saya katakan soalan latar menjadi pilihan banyak pihak tahun ini menyebabkan banyak kali soalan ini ditanya kepada saya. Jadi, saya cuba menerangkan konsep dalam latar dengan sejelasnya.
Latar terbahagi kepada empat jenis, iaitu:

(a) Latar tempat
Merupakan ruang atau tempat peristiwa berlaku yang berkaitan dengan lokasi geografi seperti Kampung Pasir Salak menjadi latar tempat novel Pahlawan Pasir Salak.

(b ) Latar waktu atau masa
Menunjukkan masa peristiwa berlaku seperti zaman, era, sejarahnya, atau musimnya seperti zaman penjajahan Inggeris dalam novel Pahlawan Pasir Salak.

(c) Latar masyarakat atau citra masyarakat
Menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak. Contohnya masyarakat cinta akan negara seperti Dato Maharajalela yang berjuang demi negeri tercinta.

2 comments:

aLisOn said...

apalah....
masih suka GooFy....
^^

winfrey said...

cikgu nampak kacak la bila ambil gambar..next time bawala saya pergi cuti sama dengan cikgu la..boleh ke?(joking)... :) ...=,=