Perlu latihan?

Perlu latihan?

Tuesday, July 17, 2007

Mencapai kejayaan atau menambah stres

Rehat merupakan kenikmatan selepas kesungguhan

Saya sering kagum melihat ketekunan pelajar era globalisasi ini kerana mereka mampu menghabiskan masa berjam-jam di sekolah dan kemudiannya terus menuju ke pusat tuisyen atau menghadiri tuisyen peribadi di rumah. Persoalan saya ialah pelajar itu akan mencapai kejayaan atau menambah stres dalam hidupnya?

Mungkin bagus kalau Kementerian Pendidikan membuat kajian mengenai masa pelajar. Maksud saya, kajian dilakukan untuk melihat bagaimana masa pelajar secara umum dihabiskan. Berapa masa yang dihabiskan oleh pelajar untuk menelaah, menghadiri tuisyen, dan melakukan kerja sekolah? Saya yakin ramai pelajar akan beranggapan mereka menghabiskan masa yang panjang di sekolah, tuisyen dan belajar untuk mencapai kejayaan. Setiap masa itu berharga, bukankah itu pandangan kita?

Baiklah, cuba bayangkan kehidupan pelajar yang terpaksa bangun awal. Mungkin seawall jam 5 atau 6 pagi dan terus ke sekolah. Mereka menghabiskan masa hamper 7,8 atau 9 jam di sekolah. Kemudian terus ke pusat tuisyen atau ke rumah untuk menelaah lagi. Aktiviti ini mungkin akan mengambil masa 4 atau 5 jam lagi.

Pelajar biasanya akan sampai ke rumah atau selesai sekitar jam 7 atau 8 malam. Kemudian, mereka akan terus melakukan kerja sekolah yang pasti mengambil masa 2 atau 3 jam lagi. Sekitar jam 10 mereka sudah pasti keletihan dan terus tidur. Ini semua dilakukan untuk mencapai kejayaan atau matlamat mereka.

Namun, berehat di Starbuck, Kopitiam, atau berbual-bual dengan kawan-kawan sudah pasti memberi sedikit kelegaan kepada pelajar daripada kesibukan yang biasa dialami. Begitu juga bermain permainan video, membaca majalah remaja dan melepak memberi kesan yang sama.

Sebenarnya kesederhanan atau keseimbangan antara mencapai kejayaan dan menambah stres yang perlu kita tekankan. Penekanan yang keterlaluan terhadap kejayaan sudah pasti akan memberi impak yang negatif terhadap kesihatan pelajar. Memang kita cuba melakukan yang terbaik dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran tetapi kejayaan kita dalam kehidupan akan ditekankan oleh keupayaan kita untuk mencapai kesederhanaan atau keseimbangan itu.

Terus belajar pelajarku.

3 comments:

Denise said...

betul cakap cikgu....!!! banyak pelajar sekolah saya memang macam ini....Belajar saja sepanjang hari...!! tapi saya enjoy sambil belajar...haha!!

Anonymous said...

cikgu pernah fikir tak bahawa pelajar zaman ini menghabiskan masa dengan belajar. Namun begitu, pelajaran luar seperti berita kurang diminat oleh pelajar zaman ini.

Anonymous said...

tapi cikgu, saya mempersoalkan sistem pendidikan di negara ini! mengapa pelajar mesti mengetahui segalanya, tetapi tidaklah pula 'tajam' penggunaannya, in fact, pada pendapat saya, hampir 80% perkara yang kita pelajari di sekolah hanya setakat membuang masa. Dalam buku robert kiwasaki, dalam bukunya rich dad poor dad, dinyatakan hampir kesemua ilmu yang dipelajari di sekolah tidak akan dapat digunakan apabila kita keluar bekerja. so persoalannya, mengapa kita harus belajar perkara-perkara ini lagi?