Perlu latihan?

Perlu latihan?

Monday, June 04, 2007

Pangkalan atau pengkalan....cuba teka


Tadi, ada pelajar yang bertanya kepada saya soalan kosa kata ini. Menurut pelajar perempuan itu, dia ternampak perkataan pengkalan digunakan ketika mengikut ayahnya pergi ke Seremban cuti sabtu lalu. Setahunya, pangkalan lebih tepat. Jadi, itu sebab dia terus berjumpa saya tadi.

Memang tekaan pelajar itu tepat kerana menurut Kamus Dewan Pangkalan bermaksud tempat berlabuhnya atau berhenti sesuatu seperti perahu, tempat barangan dikumpulkan dan pelabuhan atau lapangan terbang. Kata dasar perkataan ini pula ialah pangkal.

Jadi, kalau Pengkalan Perahu sudah pasti perkataan lebih tepat ialah Pangkalan Perahu.


1 comment:

HeHeHunter said...

Cikgu, saya pelajar cikgu di PTM masa form 5 tahun 2006.

Saya mengalu-alukan cikgu untuk menjadi ahli forum "Malaysia Education Community" di http://www.scuforum.net

Saya mengalu-alukan kedatangan cikgu.

Sekian terima kasih.