Perlu latihan?

Perlu latihan?

Wednesday, November 01, 2006

Siapa nak pinang Puteri Gunung Ledang?


Perminangan Puteri Gunung Ledang merupakan prosa klasik yang saya minati kerana ceritanya yang penuh unsur ganjil dan menarik serta penuh mistik. Malah, saya tidak sabar menunggu untuk menceritakan kisah ini pada sesi persekolahan yang bakal menjelang nanti. Ceritanya begini.

Pada suatu masa dahulu Sultan Melaka sudah kematian permaisuri dan baginda begitu sedih sehingga pembesar-pembesar begitu kasihan. Lantaran itu mereka bertanya kepada raja dan dibalas bahawa baginda ingin mempunyai permaisuri tetapi calon baginda mestilah lebih baik daripada puteri yang berkahwin dengan raja-raja yang lain. Maklumlah, Sultan Melaka memang terkenal kekuasaannya.

Rombongan peminangan itu diketuai oleh Laksamana dan Sang Setia tetapi Tun Mamat yang berjaya sampai ke puncak gunung itu. Laksamana dan Sang Setia gagal kerana sudah tua, tidak berani, dan cabaran yang dihadapi terlalu kuat. Dalam aspek ini Tun Mamat turut digambarkan sebagai berhati perut kerana menyuruh kedua-dua pembesar itu supaya berhenti dan menunggu kepulangannya sahaja.

Pemergian Tun Mamat dipenuhi pelbagai peristiwa ganjil seperti beliau menemukan sebuah taman di puncak itu. Di tengah-tengah taman itu terdiri sebuah balai yang mempunyai tiang daripada tulang dan atap daripada rambut. Ganjil bukan. Malah, burung-burung dan bunga-bungaan di situ boleh berkata-kata. Selain itu, beliau turut bertemu dengan dua wanita yang mampu ghaib setelah selesai berkata-kata.

Wanita pertama ialah Dang Raya Rani yang menjadi pengetua gunung itu. Manakala wanita kedua pula ialah seorang wanita bongkok tiga yang turut digambarkan sebagai tuan puteri sendiri tetapi sengaja menyamarkan dirinya. Wanita tua inilah yang telah memberikan beberapa syarat untuk dipatuhi oleh sultan jika baginda berhasrat berkahwin dengannya.

Syarat-syaratnya juga ganjil seperti hati nyamuk dan hati kuman tujuh dulang. Jambatan emas dan perak dari Melaka ke Gunung Ledang. Air mata dan air pinang muda setempayan. Darah sultan dan puteranya semangkuk. Semua syarat ini sebenarnya sengaja dibuat oleh tuan puteri untuk menolak peminangan itu secara baik dan tidak mahu sultan murka serta menyerang Gunung Ledang. Jadi, tuan puteri memang bijak.

Semua syarat itu telah didengar oleh sultan dan baginda berpendapat hasrat baginda terpaksa dibatalkan kerana tidak sanggup mengambil darah puteranya. Pembatalan ini bersesuaian kerana sudah pasti kos yang tinggi diperlukan beserta tenaga manusia yang banyak untuk menyediakan semua syarat itu. Malah, perkahwinan merupakan hal peribadi, jadi tidak elok melibatkan negara dan rakyat jelata.
Mungkin kita semua harus pergi mendaki Gunung Ledang? Saya sudah pasti tetapi anda semua saya belum pasti lagi...ha,ha,ha

1 comment:

Anonymous said...

sebenarnya puteri gunung ledang akan mengadakan syarat ini kepada sultan ,memang la dia tak suka sultan .saya fikir sebab puteri gunung ledang menolak sultan dengan care ini kerana keikhlasan sultan tak cukup,kalau betul betul suka puteri ,belilah cincin berlian dan bawa sejambak bunga ros lalu mendaki gunung ledang la.pabila puteri melihat situasi ini,pasti akan terharu punya...:D
puteri adalah perempuan ,sejenis binatang yang mengutamakan emosi saje^^