Tuesday, October 10, 2006

Karangan Merokok


Dalam soalan karangan SPM 2006, saya berpendapat ada beberapa skop yang perlu diberi perhatian. Dalam blog kali ini saya ingin jelaskan permasalahan merokok terutama dalam kalangan remaja yang bersekolah. Penekanan skop ini amat penting kerana usaha kerajaan melalui Kempen TAK NAK nampaknya kurang berkesan impaknya.

Saya secara peribadi tidak merokok. Ayah saya sejak kecil melarang saya dan adik saya merokok. Ayah saya sering menegah kami melakukan aktiviti yang padanya membazirkan dan membuang wang sahaja. Jadi, terus terang saya tidak memahami sebab remaja suka merokok. Cuma sejak mula terlibat dalam bidang pendidikan pemahaman saya terhadap gejala ini semakin jelas. Remaja era ini perlu mempunyai jati diri yang kukuh untuk membendung gejala rokok daripada menerobos ke jiwa mereka.

Pertanyaan pertama ialah punca yang mendorong remaja merokok? Sudah pasti peranan media massa dalam hal ini begitu ketara. Remaja melihat aksi pelakon yang sasa dengan rokok di tangan. Lakonan mereka yang meyakinkan telah memberi satu ilham kepada remaja untuk merokok. Peniruan gaya ini membuktikan remaja juga sama seperti pelakon sasa itu.

Kurangnya perhatian ibu bapa turut mendorong masalah ini timbul. Biasanya ibu bapa tidak mahu memeriksa perbelanjaan anak-anak mereka. Wang saku ke sekolah sering digunakan oleh remaja untuk membeli rokok. Malah, ibu bapa segan untuk memeriksa beg sekolah atau bilik anak mereka untuk mengesan kelakuan negatif ini. Mungkin ibu bapa terlalu percaya akan anak mereka.

Pemilihan rakan yang tidak tepat memudahkan kelakuan sumbang ini berlaku. Remaja biasanya tidak tahu memilih kawan iaitu mereka suka memilih kawan yang membawa ke arah kemungkaran. Remaja yang bermasalah, ponteng, lepak, dan merokok menjadi pilihan remaja. Pada remaja inilah kawan yang melambangkan kebebasan sejati.

Malah, ada pihak sekolah yang sengaja membiarkan aktiviti merokok ini di kawasan berhampiran sekolah mereka. Memang pihak sekolah tidak bertanggungjawab kalau mereka merokok di luar kawasan sekolah namun tindakan tegas harus dikenakan kepada pelajar yang merokok tanpa mengira kawasan. Sikap sekolah yang berlembut memberi semangat kepada remaja ini untuk terus merokok kerana menganggpa mereka kebal dan mempunyai lesen untuk merokok di luar pagar sekolah.

Mungkin sudah tiba masanya kerajaan mengharamkan terus merokok di negara ini. Jadikan amalan merokok satu kesalahan jenayah yang boleh ditahan di penjara atau dikenakan denda maksima. Begitu juga ibu bapa perlu merenung dan melihat anak-anak mereka dengan lebih telus tanpa berasa malu untuk mengenakan hukuman jika anak mereka terbabit dalam gejala ini. Bukankah melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

2 comments:

Philana said...

Hi cikgu,

Saya bersetuju dengan idea cikgu tentang merokok dimana cikgu menyatakan bahawa "Kerajaan harus mengharamkan terus amalan merokok di negara ini" kalaulah perkara ini menjadi realiti, syukurlah .. AMAN DUNIA >> wuahaha .. sihat dunia .. tapi cikgu .. persoalannya ialah , pihak yang mula-mula mencipta rokok seharusnya mengetahui kesan-kesan negatif yang akan timbul .. tetapi kenapa mereka terus menciptanya???

Anonymous said...

haha,ok.apa yang idea cikgu katakan memang betul.saya juga tidak menafikan bahawa keburukan merokok melebihi kebaikan.tetapi,adakan memang kesalahan semua ini ditolak ke atas sesiap yang menciptanya ?cukai rokok yang banyak menguntungkan kerajaan la,haram rokok juga sama haram nasi kepada sesiapa yang penagih rokok.merokok memang tidak dapat dihapuskan dalam dunia ini.Sebenarnya,adakah rokok memang tak baik?Di sini ,saya ada satu cerita tentang rokok .Kawan jiran saya seorang dewasa yang berusia 50 ++,biasanya dia akan merokok sebanyak 2pack sehari,tetapi ....isterinya paksa dia berhenti rokok dengan mengugut dia dengan mencerai dengan dia.Selepas 1 bulan,dia berjaya berhenti merokok.pada masa yang same ,kesihatan dia semakin teruk.kesudahannya,dia meninggal dunia ......adakah rokok punca utama kematian dia?adakah merokok yang bunuh dia atau berhenti rokok yang bunuh dia?