Perlu latihan?

Perlu latihan?

Friday, October 20, 2006

Hari Terakhir Mengajar


Hari ini merupakan hari terakhir saya menemui pelajar saya. Hari ini agak emosional buat saya. Malah, ada juga beberapa pelajar yang gugur air matanya. Saya masih mampu menahan derita. Cerahan lampu kamera menyuluh bilik guru. Ramai yang mengambil kesempatan untuk mengabadikan kenangan mereka bersama guru. Hati saya mula tergetar.

Ini merupakan salah satu peristiwa yang menyebabkan saya gembira menjadi guru. Suara-suara terima kasih pelajar mengegar telinga ini. Sentuhan salam mereka memberi satu kejutan tenaga kepada saya. Senyuman manis mereka memberi saya satu harapan tentang generasi muda Malaysia. Harapan yang penuh kepastian sejati. Saya sering tergambarkan suasana ini sebelum menyertai perkhidmatan ini suatu masa dahulu. Begitu nyata gambarannya.

Dalam suasana ceria berbaur sedih ini, saya melihat satu demi satu pelajar saya hilang dari kelas saya. Kini, saya bersendirian seketika. Hanya dinding yang menjadi teman. Hanya lampu kalimantan yang menyinari muka saya. Namun, saya masih enggan berganjak dari kelas itu. Rasa berat untuk meninggalkannya. Yelah, hampir dua tahun bersama mereka dan kini mereka sudah tiada.

Ketika berjalan menuju ke LRT, langkah saya terasa berat. Sekali-sekala, suara pelajar mengucap terima kasih masih kedengaran. Saya hanya mampu mengangkat tangan tanda reaksi. Senyuman turut saya lemparkan. Langkah kaki saya terus kaku seolah-olah menyedari kesedihan yang mula membakar hati saya. Hujan yang turun tadi memberi satu dimensi yang penuh kepiluan di dalam sanubari ini. Lantas, air mata saya mula mengalir sedikit demi sedikit tanpa sekatan lagi.

Untuk semua pelajar saya, sekalung ucapan terima kasih saya campakkan kepada kamu semua. Terima kasih kerana sudi memasuki kelas saya. Terima kasih kerana memberi sokongan dan kerjasama kepada saya. Terima kasih kerana sanggup mendengar kuliah dan celoteh saya. Terima kasih juga kerana sanggup menerima saya sebagai guru anda. Terima kasih atas segala-galanya.

Moga kita bertemu pada masa dan tempat yang berbeda. Moga anda semua berjaya dalam SPM 2006.

5 comments:

Anonymous said...

cikgu, segala yang cikgu ajar akan saya ingat selama-lamanya!!! cikgu cun!!!!!! super!!!!!
-ptm student-


blog cikgu mmg cun..i dah print out semua sebagai rujukan..dapat banyak idea untuk karangan dan juga kosa kata..terima kasih banyak-banyak!!! love u always!! ^^

Anonymous said...

cikgu thanks a lot...cikgu mmg bez..
thanks 4 everything..
doa kn kejayaan sy ok???

Anonymous said...

pelajar lama pergi dan pelajar baru masuk,saya ingat cikgu Azman dah biasa gejala ini,sekarang baru tau rasa cikgu.sebenarnya hari itu saya ingin ucapkan Terima kasih kepada cikgu dan ambil gambar dengan cikgu,tetapi tidak ada peluang,so regret!biarkan saya ucap di sini"TERIMA KASIH CIKGU AZMAN"!

Anonymous said...

asalamualaikum cikgu azman...
saya salah satu pelajar cikgu tingkatan lima tahun 2006...
saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala ilmu yang cikgu curahkan kepada kami...
tak sangka pulak cikgu sentimental orangnya...:p
cikgu, u r the best n coolest teacher in the world...
thanks so much....
doakan kejayaan saya...

Anonymous said...

assalammualikum cikgu azman...
sy nk ucapkan Terima Kasih byk2 kat cikgu... walaupun sy hanyalah pelajar seminar cikgu, sy tetap merasa akan kesedihan perpisahan ini... harap cikgu meneruskan semangat untuk mengajar...
sy sering terserempak dgn cikgu d LRT pandan jaya... harap dpt bertemu lagi... sy dah cuba yg terbaik untuk SPM... TERIMA KASIH CIKGU AZMAN... PTM student