Perlu latihan?

Perlu latihan?

Monday, May 08, 2006

Peperiksaan sekolah


Tadi ketika menunggu lrt di stesen Pandan Jaya saya terserempak dengan salah seorang pelajar saya. Dari jauh dia sudah melambaikan tangannya. Semakin lama dia menghampiri saya, semakin jelas dia ingin memberitahu sesuatu perkara. Memang sah dia hendak memberitahu saya sesuatu. Gayanya memang cukup jelas.

Menurutnya, tadi dia berjaya mengharungi peperiksaan sekolahnya. Sudah pasti BM kerana saya guru BMnya. Katanya, perkara yang saya sentuh di dalam kelas telah memudahkannya untuk menjawab. Balas saya baguslah. Tapi dalam hati ini dilema mula timbul.

Adakah pelajar hanya bergantung kepada guru sahaja? Adakah kata-kata guru terutama sebelum peperiksaan begitu penting? Bagaimana kalau saya tidak membincangkan tajuk-tajuk penting itu dalam beberapa minggu yang lalu? Adakah pelajar itu akan berasa gembira apabila menemui saya tadi?

Entahlah, semakin hari semakin jelas kepada saya, ramai pelajar yang terlalu mengharapkan bantuan guru. Mereka tidak mempunyai kesungguhan untuk mencari atau menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran itu sendiri. Sikap terlalu bergantung kepada guru ini amat bahaya.

Apabila lrt tiba, perbualan kami terhenti. Saya segera mengambil tempat duduk. Sekali-sekala saya melihat sekelililing kerana biasanya mesti ada pelajar yang akan menegur saya. Kadangkala terasa bangga juga. Tapi ada masanya terasa beban pula.

Saya pantas menukar ke monorel apabila tiba di stesen Hang Tuah. Rasa hati ingin berjalan ke Imbi Plaza sebab perlu membeli "dakwat" untuk printer saya. Bulan ini agak banyak juga bahan yang telah saya "print". Biasalah menjelang peperiksaan, pelajar akan meminta itu dan ini. Jadi terpaksalah saya mencetaknya sendiri.

Selain membeli dakwat di Imbi, saya juga mempunyai temu janji dengan sahabat saya dari Korea Selatan yang kebetulan datang ke Kuala Lumpur atas jemputan kerajaan Malaysia. Sahabat saya itu terlibat dalam bidang penyelidikan di negara yang terkenal dengan drama cintanya. Ramai pelajar saya yang meminati drama Korea ini.

Ketika menunggu kawan saya di Bukit Bintang, saya bersua dengan bekas pelajar saya tahun lalu. Dia sedang bekerja menjual barang mainan kanak-kanak. Menarik kerana ketika saya mengajarnya dahulu, dia sering bercakap di dalam kelas. Katanya, dia berjaya lulus dalam BM. Katanya dia gembira belajar dengan saya. Katanya dia gembira kerana mempunyai pekerjaan walaupun tidak berjaya dalam SPM dengan cemerlang. Katanya dia memperoleh wang yang baik.

Saya mengangguk dan kagum kerana dia betul-betul berubah. Sekarang dia berkeyakinan, bermotivasi dan berfikiran positif. Ketika belajar dahulu, dia agak perlahan dalam tindakan. Dari jauh saya melihat kemahiran menarik pelancong asing membeli sesuatu darinya. Saya kagum kerana pastinya kemahiran itu bukannya datang daripada saya tetapi dirinya sendiri.

Saya terus menunggu sahabat saya dari Seoul itu.

7 comments:

Suan said...

Hi Cikgu Azman,

Tahniah atas blog anda. Bagaimana saya hendak menghubungi cikgu untuk memperoleh nota-nota cikgu?

Saya cadangkan cikgu poskan nota-nota cikgu kat blog ini utk memberikan faedah kpd murid-murid lain.

salam

Anonymous said...

where is SITI's pictures.....?????

Anonymous said...

where is picture siti...? teacher , are u lying ?

Anonymous said...

setuju!! cikgu...sila bagi lebih nota tambahan dlm kelas... ataupun beri latihan kerja rumah dalam kertas cetakan sertai dgn jawapan utk kami buat dlm rumah..
daripada---pelajar BM tingkatan 4...sabtu n khamis
latihan itu hanya murid yg perlu shj ambil... terima kasih...harap cadangan ini boleh terima... kerana kami baru naik dr tingkatan 3 dan semua cara menyoal tak sama...

Anonymous said...

nice blog teach. :-D

Anonymous said...

hye ckgu!
sy nk tnye,antara 2 ayat niey,mne 1 yg btol?
'ibu menjahitkan saya sepasang bju' or ibu menjahiti saya sepasang baju'..n sy nk karangan vandalisme 4 pmr..

Anonymous said...

cool...cikgu bagi banyak contoh karangan mengenai isu-isu semasa.........thanks